30 larangan buat insan bergelar wanita...
30 LARANGAN KEPADA WANITA
- Menyambung rambut palsu
- Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
- Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
- Memperlihatkan perhiasan (bersolek) didepan lelaki lain
- Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
- Membuka rahsia hubungan suami isteri
- Berpuasa sunat tanpa izin suami
- Membelanjakan harta suami tanpa izin suami
- Derhaka kepada suami
- Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
- Mengingkari kebaikan suami
- Bersama lelaki lain yang bukan mahram
- Memandang lelaki yang bukan mahramnya
- Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
- Menyerupai lelaki
- Membuka rahsia wanita lain kepada suami
- Memandang aurat wanita lain
- Keluar rumah tanpa ader keperluan
- Masuk pemandian awam
- Mencakar-cakar tubuh ketika mendapat musibah
- Meratapi kematian
- Berhias atas meninggalnya seseorang
- Menghantar jenazah
- Mempercayai dukun atar peramal
- Menyumpah anak-anak sendiri
- Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
- Menganiaya pembantu
- Menganggu jiran
- Minta cerai kerana suami sakit
- Minta cerai kerana suami menikah lagi
ISTERI DERHAKA
" Seorang hamba Allah (sia) telahpun kembali kerahmatullah secara mengejut(sakit jantung). Allahyarham adalah dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya, menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Sipenulis yang kebetulan anak saudara allahyarham, ada di sebelah balu allahyarham itu. Saya merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Beliau sepatutnya membaca ayat-ayat suci al quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira - kira selepas 10 minit saya di sisi jenazah, kakak ipar arwah (kakak balunya) sampai. Beliau turut hairan dengan sikap adiknya yang meratap dan merungut, lantas melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya mengapa. Saya amat terkejut bila balu arwah menjawab (yang biasanya tidak pernah dilakukan oleh orang yang normal). Antara jawapannya ialah :
1. Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).
2. Tanah pusaka suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.
3. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama adik-adiknya kepada beliau (suaminya memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaan. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Disamping itu arwah memilikki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir putra jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan sepang/dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Saya juga turut dipanggil tanpa mengetahui sebabnya. Arwah mempunyai 4 orang anak dan yang sulong masih bersekolah di tingkatan 4 tkc. Dan yang bongsu berusia 6 tahun. Antara yang terkandung dalam wasiatnya ialah :
1.
30% syer perniagaan diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan dan 20% lagi diagihkan samarata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
2.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar dipinggir putra jaya diserahkan samarata kepada anak-anak perempuan nya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
3.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 tahun dan 10 tahun, diberi tanah 15 ekar seorang dengan anak saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.
4.
Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut syarak dan diuruskan oleh anak saudara perempuannya yang diberi 20%.
5.
Wang tunainya di bank (persendirian) diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberi hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.
6.
Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau dan hendaklah diserahkan kepada majlis agama islam.
7.
Harta-harta yang lain iaitu kereta 2 buah(adik lelakinya yang ketiga/kelima), baki tanah 20 ekar dibahagikan samarata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat dibacakan isterinya membantah keras kerana tiada satupun harta yang diserahkan kepadanya kecuali sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat(yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat. "isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepada aku, maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga. Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran dari aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan dan yang paling memedihkan tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas harianku, anak-anakku dan adik-beradikku terutama kakakku yang sebagai pengganti ibu). Selepas peguam membaca kenyataan itu barulah aku faham mengapa balu arwah begitu meratap dan merungut semasa di sisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama
4 JENIS GOLONGAN WANITA
Pertama ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah. Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan
- Ilmu Ketuhanan,
- Guru kepada yang baik,
- Pembimbing kepada agama Allah,
- Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.
Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Alli : "Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".
Kedua ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
- Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
- Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.
- Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.
- Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
- Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda : " Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang 'Alim yang jahat ". Kita berlindung dengan Allah daripada orang 'Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.
Ketiga ialah golongan orang yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
- Dia adalah seorang yang beriman.
- Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabir-Nya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
- Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam " DIAM " dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda : " Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan ". Sabda baginda lagi : "Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam". Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsia-Nya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka. Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.
Keempat ialah mereka yang dijak ke dunia tidak nampak( Alam Ghaib),
Diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW : " Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan". Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepada-Nya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisi=Nya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain. Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian. Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Jadi saya ( Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani ) telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak. Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib Oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.
3 TANDA GOLONGAN WANITA
3 tanda bagi golongan mukmin
1. Mengerjakan solah
2. Membayar zakat
3. Berpuasa
3 tanda bagi golongan munafik
1. Bohong bila berbicara
2. Mungkir bila berjanji
3. Khianat bila diberi amanah
3 tanda bagi golongan zalim
1. Menzalimi orang bawahannya dengan kekerasan
2. Menderhakai orang di atasnya
3. Melahirkan kezaliman secara terang-terangan
3 tanda bagi golongan riak
1. Rajin apabila ia berada di hadapan orang ramai
2. Malas bila bersendirian
3. Ingin dipuji dalam semua perkara
3 tanda bagi golongan pemalas
1. Menunda-nunda waktu sampai sia-sia
2. Mensia-siakan kesempatan sampai luput
3. Melalaikannya sampai berdosa
3 tanda bagi golongan berakal
1. Berusaha untuk penghidupan
2. Mencari hiburan dalam perkara yang tidak terlarang
3. Mengenang hari akhirat
MUTIARA IMAN
Buat panduan bersama...... Beberapa perkara yang perlu diketahui:-
1.
Istimewanya menolong orang
Menolong orang adalah lebih baik daripada berikhtikaf selama sebulan di Masjid Nabawi.
2.
Hebatnya akal
Manusia sentiasa ada kelebihan samaada didunia dan diakhirat.
3.
Mendapat selawat malaikat
Seseorang muslim yang mengucapkan salam sesama muslim dan menjawab kembali salam itu, malaikat akan memberi selawat sebanyak 70 kali keatasnya
4.
Perniagaan ibadat
Ibadat itu seperti berniaga dimana kedainya adalah bersunyi-sunyian, modalnya adalah takwa dan keuntungannya adalah syurga.
5.
Jangan marah
Syaitan sangat suka menguasai anak Adam yang dalam keadaan marah.
6.
Takwa yang dipandang
Tiada perbezaan diantara orang yang berkulit hitam atau putih, kaya atau miskin melainkan ketakwaan yang membezakannya.
7.
Kesenangan di syurga.
Didalam syurga terdapat kesenangan yang tidak tergambar oleh mata, tidak terdengar oleh telinga dan tidak terlintas dihati manusia.
8.
Jatuhlah dosa.
Seseorang yang sembahyang akan diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua-dua belah bahunya, maka apabila rukuk/sujud maka berjatuhkanlah semua dosa dosa uang diletakkan itu.
9.
Bacaan sebelum tidur.
Apabila duduk ditempat tidur, maka bacakanlah ayat Kursyi hingga akhir nescaya akan dilindungi Allah dari syaitan yang durjana hinggalah ke pagi.
10.
Orang paling kuat
Orang paling kuat adalah orang yang boleh bangun pada tengah malam untuk bertahajjud kepada Allah dan boleh bangun untuk Subuh.
11.
2 nikmat
2 nikmat yang sering manusia tertipu tentangnya iaitu waktu sihat dan waktu lapang.
12.
Istimewanya Jumaat
Hari Jumaat adalah hari Adam masuk syurga dan dikeluarkan dia darinya serta pada hari itu jugalah terjadinya Kiamat tidak pada hari-hari lain.
13.
Tanda-tanda Kiamat
Tanda-tanda Kiamat ialah apabila hapusnya ilmu agama, berjangkitnya kejahilan, melimpahnya minuman keras dan bermaharajalelanya perzinaan.
14.
Orang yang baik
Orang yang baik tidak dianggap baik sekiranya meninggalkan dunianya kerana Akhirat dan tidak juga meninggalkan Akhiratnya kerana dunianya. Sehinggalah mereka perolehi kedua-duanya sekali.
15.
Istimewanya orang sakit
Sakit seorang hamba yang sakit lebih 3 hari ,maka keluar dosa-dosanya sebagaimana baru lahir dari kandungan ibunya.
16.
Rumah dermawan
Rasulullah pernah bersabda sesungguhnya didalam syurga ada rumah yang bernama rumah orang yang dermawan.
17.
Martabat disisi Allah
Siapa merendahkan martabat diri kepada Allah, maka Allah mengangkatnya kepada yang tinggi disisinya.
18.
Dilarang prasangka
Jauhkanlah diri daripada buruk prasangka kerana prasangka itu adalah perbicaraan yang paling buruk.
19.
Ubat hati
Ubat hati yang luka adalah iman yang kuat.
20.
Supaya rezeki datang
Hubungkanlah kasih sayang sesamamu, nescaya rezekimu berdatangan dari jurusan yang tidak terduga.
Istimewanya al-Quran
5 macam unatuk mengubat hati iaitu duduk dekat orang soleh, membaca Al-Quran, mengosongkan perut, bangun waktu malam untuk bersujud kpd. Allah dan merendah diri kepada Allah.
WANITA CIPTAAN ISTIMEWA
- Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
- Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
- Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
- Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian di atasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain di atasi setelah dia masuk ke liang kubur.
- Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
- Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
- Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
- Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
- Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak boleh melupakannya.
- Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
- Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
- Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
- Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
- Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
- Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
- Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
- Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
- Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
- Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
- Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
- Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
- Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
- Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
- Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
- Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
- Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
- Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
- Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
- Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
- Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
- Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
WANITA ADIL PENYELAMAT KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT
"Sifat manusia suka pada keadilan. Benci pada kezaliman. Suka kebenaran dimenangkan, kebatilan dan kejahatan dijatuhkan. Apakah yang dimaksudkan dengan adil? Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sebagai hamba Allah, adil yang diminta oleh Allah agar manusia melakukannya ialah taat, patuh pada semua hukum-hukum Allah. Yakin kalau Allah menetapkan sesuatu itu hukumnya wajib, maka sama-samalah kita akui ianya wajib dan sedaya upaya melaksanakannya. Kalau Allah menghukumkan sesuatu itu sunat, maka kita pun kata sunat dalam mengamalkan. kalau sesuatu yang Allah tentukan haram, maka kita juga mengharamkannya dan mesti menjauhinya.
Begitu juga dalam hukum makruh dan harus. Sekiranya sesuatu hukum yang Allah tetapkan wajib tapi kita kata sunat ertinya kita telah melakukan sesuatu yang tidak adil. Lagi tidak adil dan jahat bagi seseorang yang melanggar perintah Allah dengan sengaja. Misalnya dia tahu perkara itu haram, tapi dibuatnya juga, maka ia tergolongan dalam golongan orang yang zalim dan tunggulah kehinaan dan kesengsaraan akan ditanggung di dunia lagi. Mari kita lihat apakah kita telah melakukan keadilan pada diri kita. Mula-mula mari kita renung kembali hadis Rasulullah saw yang bermaksud: Apabila seseorang wanita itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah diri dan taat akan suaminya, maka dia dipersilakan masuk syurga mengikut pintu mana yang dia suka (mengikut pilihannya).Riwayat Ahmad. Inilah syarat awal untuk wanita layak diterima jadi orang yang bahagia di akhirat. Ertinya keempat syarat ini mesti ada pada seorang wanita untuk layak ke syurga. Tempat berkumpul segala kenikmatan milik Allah. Syurga yang mana tiada lagi kita perlukan menanggung susah dan derita. Sebelum layak masuk syurga di akhirat kita akan diuji dengan perintah suruh dan perintah larang. Perintah ini sengaja Allah turunkan untuk dinilai siapakah hamba-Nya yang benar-benar taat untuk Allah beri penghormatan di akhirat nanti. Seorang wanita yang adil ialah wanita yang sudah dapat melaksanakan sembahyang dengan sempurnanya; puasa di bulan Ramadhan; mentaati suami (yakni sanggup melayan apa jua kemahuan suami, sentiasa bermanis muka dengan suami di kala senang atau susah, mengutamakan kehendak suami lebih dari keinginan hatinya, makan-minum, berpakaian, mengatur rumahtangga, membuat sebarang keputusan dan lain-lain); menjaga maruah diri (seperti tidak membenarkan lelaki yang bukan muhram masuk ke rumah jika suami tidak ada, atau keluar rumah dengan mendedahkan aurat tanpa izin suami, berjalan seorang diri, berkelakuan yang tidak sopan yang boleh menyebabkan orang pandang benci padanya, suka menjaga tepi kain orang, beramah mesra dengan lelaki lain yang akan menyebabkan suami terpaksa menanggung malu dan menanggung dosa di akhirat dari perbuatan si isteri).
pakah diri kita termasuk orang-orang yang mampu menjaga itu semua? Apa yang kita boleh lihat dalam masyarakat kita ialah ramai wanita yang sering menzalimi dirinya, tanpa kita sedar. Ada yang punya ilmu agama bahkan menyertai perjuangan Islam tapi masih lagi bebas keluar rumah. Pagi-pagi lagi mereka sudah berebut-rebut dengan lelaki bukan muhrim di stesyen bas yang kesesakan untuk ke tempat kerja. Walaupun mereka boleh tutup aurat, tetapi mampukah mereka mengawal diri agar tidak bergaul dengan lelaki teman sepejabat. Ataupun mana ada pejabat yang mengasingkan pekerja lelaki dengan perempuan? Terperangkaplah wanita-wanita yang bekerja dalam pergaulan dengan lelaki yang bukan muhrimnya, samada dalam keadaan dia suka atau dia membencinya. Ini kerana keadaan tempat kerja memaksa ia jadi begitu. Kalau dia cuba juga mengelak-elakkan diri agar jangan tidak terlibat dengan lelaki di tempat kerja, mungkin dalam perjalanan balik, masa terima gaji, masa membeli belah, sewaktu menghadiri mesyuarat pejabat menghadiri seminar atau majlis sosial yang dianjurkan oleh teman sepejabat, itu semua akan menjerat wanita untuk terpaksa bergaul juga dengan lelaki. Yang mana kalau pun pergaulan itu tidak sampai kepada perbuatan yang buruk, tapi ia tetap dilarang oleh Allah.
Bila wanita diberi tanggungjawab atau kerja yang sama taraf dengan lelaki, maka berbagai-bagai kesan yang timbul. Yang paling ketara ialah terbengkalai kerja-kerja di rumah yang sepatutnya dilaksnakan oleh wanita. Anak-anak kurang dapat perhatian dan kasih sayang, suami pun tidak punya kesempatan untuk dilayan dengan baik. Walhal fungsi dalam rumahtangga sebenarnya sudah terlalu berat untuk seorang wanita melakukannya. Sekiranya ia berada sepenuh masa di rumah, maka sudah tentu akan sibuk dengan kerja-kerja rumah yang tidak pernah habis. Orang gaji tidak mungkin dapat menyempurnakan tugas-tugas rumahtangga. Walaupun orang gaji yang mampu memasak, membersih dan mengemas rumah tapi mampukah dia mencurahkan kasih sayang, mendidik dan mengasuh akan-anak dengan ikhlas seperti seorang ibu? Dan mahukah kita agar orang gaji melayan suami kita makan dan melayan keperluan-keperluannya yang lain agar ia rasa tenteram dan bahagia bila berada di rumah? Tentu kita tidak mahu. Kerap terjadi kisah anak-anak jadi liar, terlibat dengan penagihan dadah, suami curang dengan orang gaji, atau dengan perempuan lain di luar rumah. Yang mana sebahagian dari puncanya adalah dari kesalahan isteri sendiri.
Walaupun tidak dinafikan juga memang ada setengah suami yang memang tunggu peluang untuk buat jahat dengan perempuan lain tapi kalaulah suami itu mendapat perhatian istimewa, layanan yang cukup mesra, dimuliakan oleh isterinya, bukan dengan dibuat dengan secara paksa-paksakan diri tentu suami akan rasa bahagia. Dan tentunya dia tidak mencari hiburan yang lain di luar rumahtangganya. Biasa terjadi kisah pahit dalam kehidupan sepasang suami isteri yang sama-sama menjawat jawatan penting dan punya kelulusan tinggi. Suami isteri kedua-duanya ada ijazah PHD. Si isteri yang punya kelulusan yang tinggi dan bijak pula memberi buah fikiran, maka si suami setiap kali memberi buah fikiran, maka si suami setiap kali merancang sesuatu perkara mesti menanyakan pendapat si isteri. Hatta untuk masak apa pada hari itu pun ditanya pendapat isteri. Mula-mula memang isteri seronok juga suami menghormati pandangannya. Tapi lama-kelamaan timbul rasa jemu pada sikap suaminya yang begitu. Akhirnya si isteri menuntut cerai dengan alasan dia jemu bersuamikan seorang lelaki yang tiada sifat kepimpinan dalam diri. Katanya dia berkahwin dengan lelaki itu minta dipimpin. Tapi cita-cita dan harapannya itu ternyata gagal.
Oleh kerana tidak merasa dilindungi dan dipimpin serta tidak nampak wibawa atau ketokohan suami sebagai orang yang menentukan perjalanan rumahtangganya, maka wanita itu sudah tidak sanggup lagi untuk hidup dengan lelaki yang begitu. Inilah akibat kalau suami gagal memahami fitrah isterinya, fitrah seorang wanita. Sehebat manapun seorang wanita di luar rumah, tapi fitrah hatinya, ia suka untuk dipimpin. Di pihak isteri pula dia juga bersalah kerana tidak menunjukkan rasa hormat dan mengutamakan pendapat si suami, sehingga suami jadi bimbang untuk buat keputusan sendiri. Takut isteri tak setuju. Ramai lagi wanita-wanita yang sedang dilanda kedukaan akibat dari gagalnya mereka meletakkan diri pada tempat yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul. Ada wanita-wanita yang melanggar perintah Allah dengan menjual kecantikan diri, menjual suara, bakat berlakon dengan macam-macam cara yang pada hakikatnya menjual maruah diri, kononnya mereka hendak mengejar kebahagiaan hidup. Bercita-cita untuk jadi terkenal dan berjaya. Hidup penuh glamour. Tapi sejauh manakah mereka benar-benar bahagia dalam hidup dengan mengejar kemewahan dunia yang tidak tentu berjayanya? Yang berjaya menjadi pujaan maka ramailah peminat, akhirnya tersangkutlah yang istimewa. Lepas itu kahwin. Mula-mula kahwin, surat khabar bukan main cerita kisah percintaan yang macam Laila Majnun, pasangan yang ideal satu pasangan yang bahagia.
Tapi belum sampai setahun sudah terdengar khabar mereka mula sudah tidak ada kesefahaman. Duduk asing-asing (sudah tiru cara orang barat), akhirnya selesai dengan perceraian. Mana dia pasangan bahagia yang dicanang-canangkan dulu? Bahagia ikut nafsu. Yang mana kalau nafsu sudah dapat dia hendak pada yang lain pula. Isteri cantik macam mana, tapi kalau perangai tak senonoh, asyik berkepit atau berhubung dengan lelaki lain, pergi balik ditemani lelaki lain, mana suami yang tidak cemburu. Kalau pun suami tak cemburu, ertinya suami itu adalah suami yang dayus, yang sudah tidak sensitif sebagai suami.
Suami dayus yang membiarkan isteri berada dalam kemaksiatan (termasuk suami isteri menyanyi di atas pentas dan ditontoni orang ramai), nerakalah tempatnya yang layak untuknya. Itulah kehinaan yang sedang Allah timpakan pada mereka yang mengejar nama, kemuliaan dan sanjungan sehingga tak segan silu lagi melanggar larangan Allah. Bahkan turut melalaikan orang lain agar lalai dengan Allah swt. Allah hukum mereka di dunia lagi, tidak diberi ketenangan pada jiwa, sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang ada, berangan-angan untuk hidup lama, ingin memiliki apa yang orang lain ada, sehingga kerana itu mereka bermati-matian sanggup kurang tidur, berletih, untuk kejar keuntungan dunia yang belum tentu hasilnya. Apa yang mereka kejar itu tidak akan ada noktahnya melainkan mati saja.
Kalau matilah dalam keadaan itu, di akhirat nanti neraka yang penuh dengan kesengsaraan sedia menunggu untuk mereka. Kiranya beruntunglah wanita yang pandai meletakkan dirinya, yakni wanita yang sanggup susah-susah diri agar dapat mentaati perintah Allah. Mereka ini akan dapat ganjaran daripada Allah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang Islam lelaki dan orang-orang Islam perempuan, orang-orang Mukmin lelaki dan orang-orang Mukmin perempuan, lelaki yang berbakti dan perempuan yang berbakti, lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, lelaki yang khusyuk dan perempuan yang khusyuk, orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, orang-orang lelaki yang berpuasa dan orang-orang perempuan yang berpuasa, orang-orang permpuan yang menjaga kemaluannya, dan orang-orang lelaki yang ingat pada Allah dan orang-orang perempuan yang ingat pada Allah; telah Allah sediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar. Surah Al Ahzab: 35 Sekian "
FaRaH MuKhLiSa..


Salam.
Syukran Ukhti. Nice Info.:)