apakah keahlian yang terdapat di baitulmuslim.com?

di dalam laman web ini terdapat beberapa jenis keahlian:

1. pengunjung tidak berdaftar

boleh membaca berita, membaca forum dan komen. masalahnya pengunjung tidak dapat turut serta dalam forum, komen, dan berita daripada baitulmuslim.com.

2. ahli berdaftar

ahli berdaftar boleh membuat semua yang dibuat oleh pengunjung tidak berdaftar ditambah dengan boleh menyertai forum, menghantar komen/pendapat, menerima berita dan menyertai kumpulan yang terdapat dalam baitulmuslim.com sama ada kumpulan cari jodoh atau kumpulan penggerak.

3. calon cari jodoh

untuk menjadi calon cari jodoh, ahli berdaftar dikehendaki mengisi 'Borang Calon'. sila baca penerangan lanjut di ruangan FAQs - 'Soalan Selalu Ditanya'.

calon cari jodoh boleh melakukan semua yang dilakukan oleh ahli berdaftar termasuk melihat senarai calon cari jodoh, melihat biodata calon cari jodoh dan berkomunikasi dengan calon cari jodoh.

4. pentakruf

sesiapa yang berminat untuk menjadi pentakruf hendaklah mengisi Borang Pentakruf'. sila baca lebih lanjut di ruangan soalan selalu ditanya bagaimana untuk memohon menjadi pentakruf baitulmuslim.com.

kelulusan untuk permohonan menjadi pentakruf akan berdasarkan kesesuaian dan juga kawasan yang masih kosong.

5. penggerak baitulmuslim.com

terdapat beberapa kumpulan penggerak baitulmuslim. sila lihat 'menu baitulmuslim > sertai kumpulan penggerak' untuk maklumat lanjut.
 

Comments

orkedputey's picture

kalau isi borang calon wanita. n then perlu lg ke isi borang di calon cari jodoh?

 

mirid284's picture

borang wakil baitulmuslim untuk meminta baitulmuslim mencarikan jodoh untuk kita dengan sedikit bayaran.

borang pengumuman cari jodoh pula untuk kita umumkan pencarian jodoh bagi orang lain.maksudnya nak tolong carikan jodoh bagi pihak orang lain. cthnya: kakak, sahabat dll.

kalau dah isi borang calon wanita maknanya dah termasuk sebagai calon cari jodoh.

sedikit informasi yang saya tahu, namun harap admin boleh jelaskan dengan lebih terperinci.

 

admin's picture

syabas. jawapan yang baik.

mirid284's picture

admin harap dapat jelaskan bahagian yang ini...

"PERHATIAN: SAHABAT TIDAK SEMESTINYA MENDAFTAR DENGAN BAITULMUSLIM.COM UNTUK MENCARI JODOH."

admin's picture

kita buang perkataan ini untuk elak kekeliruan. terima kasih.

mirid284's picture

syukran jazilan admin atas penjelasan..