Bagaimana Mengisi Borang Wakil Baitulmuslim?

APA ITU PROGRAM WAKIL BAITULMUSLIM?

wakli baitulmuslim adalah khidmat yang ditawarkan oleh baitulmuslim.com sebagai orang tengah. walaupun ada orang yang boleh mencari sendiri pasangan, ada golongan yang lebih suka jika menggunakan orang tengah untuk mencarikan pasangan. biasanya hal ini diserahkan kepada orang terdekat tetapi sekiranya ia tidak berlaku, kami akan memberikan perkhidmatan ini dengan bayaran kerana menggunakan masa dan usaha.

BAGAIMANA CARA PENCARIAN DIBUAT

setelah melalui beberapa cara yang pernah dibuat sebelum ini, kami merasakan cara yang perlu dilakukan adalah hanya melalui medium email dan bukannya melalui medium lain seperti SMS, panggilan telefon daln lain-lain. Ini kerana:

1. risikan melalui email adalah cara yang tidak mengganggu privacy ahli calon cari jodoh baitulmuslim.com

2. risikan melalui email adalah cara yang mudah untuk dihantar attachment profile pelanggan program wakil baitulmuslim tanpa maklumat perhubungan peribadi pelanggan wakil baitulmuslim disertakan bersama. Ini untuk menjaga privacy pelanggan program wakil baitulmuslim. 

Ini bermakna hanya email yang akan dihantar untuk merisik. Jika tiada balasan ini bermakna orang yang dirisik dikira tidak berminat untuk berkenalan. Disebabkan kami telah menukarkan program ini kepada hanya menggunakan email, maka harga untuk program ini juga telah dikurangkan 50% daripada yang sebelumnya. 

APAKAH SYARATNYA?

sebelum mengisi borang sahabat mestilah:

1. berdaftar dengan baitulmuslim.com

2. mengisi borang calon cari jodoh baitulmuslim

BAGAIMANA CARA MENGISI BORANG WAKIL BAITULMUSLIM?

1. isikan nama penuh, no telefon bimbit dan email sahabat

2. isikan ruangankhidmat carikan pasangan

3. sila klik kepada "bersetuju" bagi terma wakil baitulmuslim. jika tidak bersetuju, borang tidak akan diproses.

PERHATIAN: pastikan sahabat membaca terma yang dinyatakan sebaik-baiknya dan fahami betul-betul. ini bagi mengelakkan silap faham terhadap program ini.

KHIDMAT CARIKAN PASANGAN

  • sahabat dikehendaki menyatakan hanya 2 kriteria penting yang dikehendaki pada pasangan. ini kerana kriteria yang banyak akan menyebabkan sukar untuk memenuhi kriteria yang dihajatkan.
  • kemudian pilih jumlah calon yang ingin dicarikan. perlu diingat, jika ada calon yang menolak tawaran itu juga dikira sebagai salah satu dari jumlah calon yang dicari.

 

APAKAH TERMA WAKIL BAITULMUSLIM?

 

  1. pihak baitulmuslim.com tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah yang saya hadapi semasa dan selepas menggunakan program ini
  2. saya tahu bahawa jika saya berjaya mendapat pasangan daripada program ini, saya mestilah menggunakan medium keluarga dan medium lain untuk menyelidik latar belakang pasangan saya untuk memastikan saya tidak tersilap pilih.
  3. saya bersetuju bahawa wang yang saya bayar tidak akan dikembalikan jika :
    1. saya tidak mendapat pasangan dari program ini
    2. saya mendapat pasangan sebelum cukup jumlah calon yang dicarikan
    3. saya menarik diri sebelum tamat tempoh(ini bermakna wang akan dikembalikan HANYA sekiranya kami tidak berjaya mencukupkan pencarian calon sebelum tamat tempoh.)
  4. saya bersetuju bahawa pihak baitulmuslim.com boleh menggunakan apa sahaja medium untuk mencarikan jodoh untuk saya.
  5. saya bersetuju bahawa saya tidak akan mempersoalkan kriteria calon yang dicarikan oleh pihak baitulmuslim walaupun saya boleh meletakkan kriteria yang saya mahukan. ini bermakna calon yang dicarikan oleh pihak baitulmuslim.com adalah muktamad.
  6. saya bersetuju bahawa saya akan memberi masa kepada pihak baitulmuslim.com selama 2 BULAN untuk mencarikan pasangan. calon yang menolak tawaran termasuk dalam kiraan dapat dicari.
  7. saya bersetuju bahawa program ini hanya sah selagi saya berada dalam program cari jodoh baitulmuslim.com. Jika saya keluar dari program cari jodoh baitulmuslim, secara automatik saya menamatkan penyertaan saya dalam program wakil baitulmuslim.
  8. saya bersetuju bahawa maklumat peribadi calon yang menolak tawaran tidak ada dinyatakan oleh pihak baitulmuslim.com bagi mengelak masalah di masa akan datang.

BERAPAKAH BAYARAN YANG DITETAPKAN?

jumlah bayaran sudah dinyatakan di borang wakil baitulmuslim

PERINGATAN:

Program cari jodoh baitulmuslim.com adalah percuma. bayaran hanyalah dikenakan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat tambahan seperti sesi takruf ataupun program wakil baitulmuslim.

sebarang persoalan sila nyatakan di ruangan comment.

Comments

leenmustafa's picture

 

insan biasa's picture

salam...nak tanya....maksudnya di sini, calon akan dipilih oleh wakil itu sendiri (bukan dipilih oleh kita sendiri) berdasarkan kriteria yang telah diberikan ke?

terima kasih

admin's picture

ya betul. kecuali ada permintaan utk orang-orang tertentu yang ingin dikenali.

nurul asyikin mohd ariffin's picture

salam..maaf sy ingin bertanya.adakah ciri2 lelaki yang baik merupakan ciri2 yang utama bg wakil untuk memilh calon?apakah kriteria2 calon yang dipilih oleh wakil?terima kasih..

admin's picture

kita bagi peluang untuk orang yang mengisi borang bagi 2 kriteria yang dikehendaki. nasihat saya bagi kriteria yang umum, jadi mudah kita nak mencari.

usrah2528's picture

Assalamualaikum tuan moderator2~

Boleh sy tahu no.akaun utk urusan byran Borang Wakil Baitulmuslim ini. 

 

Syukran.

admin's picture

sila isi borang wakil baitulmuslim. maklumat pembayaran akan dihantar secara automatik.

hadiaruz's picture

Assalamualaikum,

adakah wakil baitul muslim ini masih on lg?

admin's picture

ya, masih ON. 

lily azalea's picture

assalamualaikum

adakah orang yang ingin dirisik tu hanya dari kalangan calon cari jodoh sahaja? 

admin's picture

jika ada yg lain, sila berikan nama dan email...