...dari wanita utk wanita...

2 replies [Last post]
farahmukhlisahusni
farahmukhlisahusni's picture
Offline
Last seen: 16 hours 54 min ago
Joined: 23/01/2010
Posts:


KASIH MANUSIA SERING BERMUSIM
 
Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih 
Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.

Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.

Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya

Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9-Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah

Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya..."


Pesanan Luqman Hakim kepada anaknya:
Sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu: 
1.   Apabila engkau sedang solat kepada Allah maka jagalah baik-baik fikiranmu. 
2.   Apabila engkau berada dirumah org lain, maka peliharalalah pandanganmu. 
3.   Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu. 
4.   Apabila engkau hadir di jamuan makan maka jagalah perangaimu. 
5.   Ingatlah kepada Allah. 
6.   Lupakan baik budimu kepada org lain. 
7.   Lupakan segala kesalahan org lain terhadap dirimu. 
8.   Ingat kepada mati.
 

FaRaH MuKhLiSa..

admin
admin's picture
Offline
Last seen: 15 hours 42 min ago
Joined: 06/11/2009
Posts:
biasanya ini terjadi sebab

biasanya ini terjadi sebab kita copy-paste terus daripada microsoft word.

cara untuk menyelesaikan masalah ni:

copy dari microsoft word, paste ke notepad. kemudian copy dari notepad dap paste kepada website. masalah taka akan ada.

sebab jadi begini ialah kerana microsoft word ada banyak coding tersembunyi untuk memastikan susunan ayatnya kemas.

1.memastikan setiap muslim berkeluarga 2. memastikan keluarga muslim baik dari semua aspek

farahmukhlisahusni
farahmukhlisahusni's picture
Offline
Last seen: 16 hours 54 min ago
Joined: 23/01/2010
Posts:
bakpela jadi bolok

bakpela jadi bolok gini...huhuhuhu...

FaRaH MuKhLiSa..