hentikan gangguan seksual terhadap lelaki
ramai dikalangan kita selalu mendengar tentang gangguan seksual terhadap wanita. yang kita tidak sedar ialah lelaki juga mengalami gangguan seksual. bahkan gangguan seksual terhadap lelaki berlaku secara terang-terangan dan tiada pembelaan. tiada undang-undang yang melindungi lelaki yang mengalami gangguan seksual. berpakaian seksi adalah merupakan satu jenis gangguan seksual terhadap lelaki. lelaki adalah makhluk yang diciptakan Allah supaya dengan secara 'automatik' terangsang nafsunya apabila melihat tubuh wanita. ia bukan perkara yang dibuat-buat. masalahnya ialah nafsu lelaki terangsang di tempat yang tidak sepatutnya. nafsu lelaki terangsang di sekolah, universiti, pejabat dan tempat awam yang mana tempat-tempat ini tidak sesuai untuk nafsu seorang lelaki itu dirangsang.
tempat yang sesuai untuk nafsu seorang lelaki itu dirangsang ialah di rumah apabila bersedirian dengan isterinya dan bukannya tempat awam. perlu diingat, nafsu yang dirangsang perlu di'neutral'kan. jika tidak, lelaki terbabit akan menjadi serba tak kena. itu fitra alam. sebab itulah saidina umar pernah berkata "jika kamu melihat wanita cantik, maka kembalilah kepada isteri kamu. sesungguhnya apa yang ada pada wanita itu ada juga pada isteri kamu".
memakai pakian seksi bukan caranya untuk menarik calon suami. ia hanya akan menarik lelaki-lelaki yang bernafsu binatang yang hanya bertujuan untuk memuaskan nafsu tanpa ingin bertanggungjawab. berpakaian seksi tidak akan dapat menarik calon suami yang baik akhlaknya. ia hanya akan menjerumuskan kita ke lembah maksiat. jangan diikut pemakaian orang ramai, mereka pasti akan menyesatkan kita.
"Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agama kamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka sesat dari jalan yang lurus." ) al-Ma'idah:77).
malangnya ramai lelaki bujang yang dirangsang nafsunya di tempat yang salah. maka lihatlah banyaknya berlaku gejala zina, cabul, sumbang mahram, anak haram dan buang anak yang berlaku disebabkan perkara ini. hentikanlah gangguan seksual terhadap lelaki.
- 1370 reads

