kahwin di universiti
soalan diajukan:
mohon pendapat..berkaitan kahwin waktu belajar ni?
jawapan:
bagi saya jawapan bagi soalan ini agak subjektif. beberapa faktor perlu diambil kira:
1. kemampuan menumpukan perhatian kepada pelajaran dan rumah tangga
2. kemampuan dari segi kewangan - adakah dapat bantuan dari keluarga atau tidak? kalau pakai ptptn cukup ke? kalau bekerja untuk dapat duit dapat tumpu pelajaran ke?
3. keterbukaan keluarga terhadap berkahwin semasa belajar.
4. adakah bersedia untuk menimang cahaya mata? atau melakukan perancangan untuk elakkan mengandung? jika bersedia, mampukah tanggung belanja dan masa menjaga anak dan belajar?
dari satu segi, saya secara peribadi menggalakkan perkahwinan semasa belajar. ini kerana terlalu banyak dugaan dan maksiat di universiti. percampuran lelaki dan perempuan berleluasa. bahkan sekarang universiti adalah tempat latihan maksiat. terus terang saya katakan, jika saya ada anak di universiti, saya akan cari jalan supaya dia berkahwin secepat mungkin.
dari segi yang lain, walaupun indah pada pandangan hati, ramai yang terlupa tanggungjawab selepas berkahwin di universiti. rumah sewa, makan pakai, sumber kewangan, penjagaan anak, pembahagian masa antara keluarga dan belajar. jangan sampai kebahagian yang diimpi, bala yang datang bertimpa-timpa. perbincangan dengan keluarga adalah jalan terbaik jika ahli keluarga berfikiran terbuka.
1.memastikan setiap muslim berkeluarga 2. memastikan keluarga muslim baik dari semua aspek
Assalamualaikum...ye,sy stuju dgn nikah gntung...itu lbih baik..n trhindar dr melakukn maksiat ketika bljr...kita sedia maklum dgn keadaan d universiti skrg...mcm2 prkara tidak elok brlaku...sprt lahir ank luar nikah,brzina n sbgainya..lg2 hidup bebas d universiti tnpa pengawasan ibu bapa...ini sngt mmbimbngkn...
bagaimana kalau nikah gantung?
i'Allah~~ Allah Maha tahu apa yg terbaek utk hamba2Nya yg soleh solehah ni..i'Allah..kite harus terus berusaha utk memperbaiki diri dan mempertingkatkan amal soleh kite insyaAllah, utk jadi insan soleh solehah utk deen kite...Allahuakbar!!~~ XD
pernikahan di universiti......
calon dah bersedia tp family membangkang...
mungkin mak ayah lebih tahu kemampuan dan kekurangn anak mereka ini.
apapun redha allah terletak pd redha ibu bapa kan
dlm hds crlah kalian rezki dlm pnkhan
[quote=illah_alhanani]
Alhamdulillah...
admin sampaikan juga jawapan mengenai persoalan yang terbuku di hati...
Walaupun ahli keluarga saya berkahwin waktu belajar & mereka sangat bahagia dengan menanamkan kasih sayang kerana Allah..
Tapi, saya masih rasa tidak mampu.. tapi jwpn sedikit sebnyak dari admin... blh melegakan saya... mungkin kahwin waktu belajar akan ada sedikit uijian kecil dari Allah... InsyaAllah impak baiknya besar.. tetapi dengan niat yang betul semata-mata Redha Allah Taala...
Terima Kasih admin=)
[/quote]
Benar.. Moga Allah permudahkan dan percepatkan jodoh ana..
dah tak sanggup lagi menanggung dosa zina mata dan zina hati..
khuatir melarat ke arah dosa zina tangan hingga ke zina yg sebenar..
Kalau ada jodoh yg sudi memahami yg diri ini, saat ini..
Mahu sahaja bernikah~ ASAP~
"Ada tiga golongan manusia yang berhak bagi Allah menolong mereka,
iaitu seorang mujahid fi sabilillah,
seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka
dan
seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya".
(HR. Ahmad 2: 251, NasaiE, Tirmidzi, Ibnu Majah hadith no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Ana yakin yg Allah akan menolong mereka yang miliki hasrat untuk bernikah.
Allah Maha Adil, bila tanggung jawab kita bertambah - dengan kewajiban memberi nafkah pada isteri dan anak-anak -
maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Banyak contoh yg kita boleh lihat, banyak mereka yang mulanya miskin dan tidak miliki apa-apa ketika bernikah,
kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah-ruah dan Allah membantu mencukupkan keperluannya..
Alhamdulillah...
admin sampaikan juga jawapan mengenai persoalan yang terbuku di hati...
Walaupun ahli keluarga saya berkahwin waktu belajar & mereka sangat bahagia dengan menanamkan kasih sayang kerana Allah..
Tapi, saya masih rasa tidak mampu.. tapi jwpn sedikit sebnyak dari admin... blh melegakan saya... mungkin kahwin waktu belajar akan ada sedikit uijian kecil dari Allah... InsyaAllah impak baiknya besar.. tetapi dengan niat yang betul semata-mata Redha Allah Taala...
Terima Kasih admin=)
kalo sambil blajar kja/.///dapt mtpung fmili...ler lah bernikah kn.>>>>smua2 terplang kpade hak masing2





Sesungguhnya nikah gantung itu adalah lebih baik daripada bertunang lama2 atau bercinta-cinta ikut rentak remaja skrg..
kenapa? sebab nikah gantung dapat menjauhkan seseorang daripada zina :)