kriteria gambar yang dibenarkan di ruangan cari jodoh baitulmuslim.com

kami terpaksa membekukan banyak borang cari jodoh baitulmuslim.com kerana masalah pada gambar yang diupload. di sini di senaraikan ciri-ciri gambar yang hendak diupload:


1. gambar mestilah jelas

2. ruang muka mestilah cukup besar untuk dilihat sekurang-kurangnya 1/4 dari ruangan keseluruhan gambar. terdapat gambar yang ruangan mukanya terlalu kecil kerana gambar diambil dari jarak jauh. ini tidak dibenarkan.

3. gambar mestilah menutup aurat termasuk bertudung bagi wanita. gambar yang menutup aurat tetapi seksi tidak dibenarkan.

4. gambar karton walaupun islamik atau gambar permandangan atau apa sahaja gambar yang bukan wajah sendiri tidak dibenarkan.

5. gambar berpurdah tidak dibenarkan.


antara sebab mengapa kami meminta anda menghantar gambar yang jelas ialah:

1. Hatta di dalam Islam, apabila proses meminang, Rasulullah sangat menggalakkan untuk dilihat muka dan tapak tangan.

2. membenarkan sebahagian peserta cari jodoh untuk tidak menunjukkan muka yang sebenar akan menyebabkan ketidakadilan kepada peserta cari jodoh yang lain.

3. tidak ada nas dalam Islam yang melarang untuk menunjukkan muka bagi tujuan cari jodoh. sila tunjukkan nasnya jika ada.

sebarang permasalahan sila hubungi info@baitulmuslim.com