Pentakruf diperlukan

sahabat sekalian, kini kami membuka ruangan sebagai penta'ruf kepada sesiapa yang berminat. sahabat yang pernah menjadi penta'ruf atau pernah dita'ruf sebelum ini digalakkan untuk memohon. sesiapa yang tiada pengalaman dalam ta'ruf juga boleh memohon. tugas penta'ruf hanya part time sahaja. biasanya sesi ta'ruf dibuat pada hujung minggu sahaja dan sekejap sahaja dalam 1-2 jam bagi setiap sesi. itupun tidak semestinya setiap minggu atau setiap bulan. bergantung kepada permintaan. 

apakah kriteria menjadi penta'ruf?

1. sudah berkahwin (jika bujang dibolehkan memohon cuma keutamaan diberikan kepada yang sudah berkahwin)
2. menetap di kawasan yang masih belum ada penta'ruf. sila lihat senarai penta'ruf di laman utama baitulmuslim.com.

apakah tugas penta'ruf?

tugasnya mudah sahaja. tugas penta'ruf ialah:

1. admin baitulmuslim.com akan memberikan maklumat orang yang ingin berta'ruf, penta'ruf dikehendaki berbincang secara terus dengan pasangan yang bersetuju berta'ruf tentang masa dan tempat berta'ruf.
2. penta'ruf perlu menyediakan tempat yang sesuai untuk berta'ruf sama ada rumah, masjid, surau, restoran, taman rekriasi dan lain-lain.
3. penta'ruf perlu menjadi pengerusi bagi sesi ta'ruf yang dijalankan. manual bagaimana melakukan sesi ta'ruf sudah disediakan oleh baitulmuslim.com
4. penta'ruf perlu berbincang dengan pasangan yang berta'ruf tentang penetapan masa untuk memberikan keputusan.
5. penta'ruf perlu menghubungi pasangan yang berta'ruf pada masa yang telah ditetapkan untuk mendapatkan keputusan.

berapakah bayaran yang diberikan kepada penta'ruf?

jawapannya hanya akan dibincangkan dengan orang yang berminat untuk menjadi penta'ruf sahaja.

wang yang diperolehi dari sesi ta'ruf kecil jika dibandingkan kebajikan yang diberikan. pahala menemukan jodoh dengan cara Islam adalah besar ganjarannya. moga kita dapat sama-sama menjayakannya. jika berminat sila emailkan kepada info@baitulmuslim.com .

Comments

nurafiza's picture

saya hairan.. perlukah pentakruf itu seorang yang telah berkahwin? cuba bayangkan, kalau lelaki atau perempuan yang berta'ruf tu tak menjadi, mungkin dengan pentakruf tu boleh menjadi?   kalau dah berkahwin, nanti poligami, kalau belum, kan dah jadi satu kelurga islam. 

admin's picture

satu idea yang baik tapi sesi takruf adalah program berbayar (rm 80 sahaja utk 2 org). kita nak pastikan pentakruf adalah orang yang neutral supaya proses takruf berjalan lancar. tetapi kalau satu kawasan itu hanya orang bujang sahaja yang ada, mungkin dia kita pilih untuk jadi pentakruf. 

nurafiza's picture

salam,

maksud saya, katakan, pentakruf, adam, sedang membantu ali dan senah. kemudian, ali dan senah sedar mereka  tidak suka sama suka. tetapi senah suka adam. jadi, kalau adam masih bujang, bukankan itu sudah dapat membantu senah dan adam? kalau adam sudah berkahwin, nanti senah mungkin dimadukan. jadi, pendapat saya, apa salahnya kalau pentakruf itu bujang? kan memudahkan keadaan. ;)

admin's picture

saya berpegang kepada pendapat yg kita mahu pentakruf seorang yang neutral dan jika hanya ada yg bujang, maka kita akan ambil kira, bukan tolak terus. posibility poligami ada tapi kebarangkaliannya kurang. yang bujang hendak buat permohonan untuk menjadi pentakruf, silakan...

apa kata kalau adam ini berkepentingan dan beritahu senah yang ali tidak bersetuju dlm keadaan ali bersetuju? kena ingat, situasi ni semua bujang. 

mohamadhanif's picture

kalau orang bujang yag menjadi pentaaruf kebarangkalian orang yg ditaaruf terpikat kepada pentaaruf sangat tinggi. tu yang cuba admin maksudkan tetapi kebarangkalian orang yg ditaaruf utk menjadi madu mungkin aedikit rendah.

Yani's picture

Kenapa pentakruf tidak meletakkan gambar sebenar

Yani's picture

Kenapa pentakruf tidak meletakkan gambar sebenar

Yani's picture

Kenapa pentakruf tidak meletakkan gambar sebenar

Yani's picture

Kenapa pentakruf tidak meletakkan gambar sebenar

maryam bin yusoff's picture

dan pentaaruf mestilah orang yg jelas tujuan baitul muslim ini tanpa sedikit pun mencampur aduk kan kepentingan peribadi..ikhlas dan mengharapkan balasan dari ALLAH sgt penting... insyaALLAH.. sekali kita memudahkn urusan org alin, berkali2 ALLAH akan permudahkn urusan kita..jika tidak didunia, pasti diakhirat... ameen..

maryam bin yusoff's picture

dan pentaaruf mestilah orang yg jelas tujuan baitul muslim ini tanpa sedikit pun mencampur aduk kan kepentingan peribadi..ikhlas dan mengharapkan balasan dari ALLAH sgt penting... insyaALLAH.. sekali kita memudahkn urusan org lain, berkali2 ALLAH akan permudahkn urusan kita..jika tidak didunia, pasti diakhirat... ameen..