Perkhidmatan Wakil baitulmuslim.com
PROGRAM WAKIL BAITULMUSLIM DIHENTIKAN HINGGA MASA YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.
kepada sesiapa yang pernah membuat pembayaran, wang akan dikembalikan semula.
baitulmuslim.com ada menyediakan perkhidmatan menjadi orang tengah bagi orang yang mencari jodoh. walaubagaimanapun, perkhidmatan ini tidak percuma/probono. perkhidmatan ini terbahagi kepada 2 jenis:
1. Wakil Menyampaikan Hajat
bermakna sahabat ingin kami menjadi orang tengah untuk menyampaikan hajat untuk dijadikan pasangan kepada orang yang sudah dikenali. sahabat perlu memberikan maklumat perhubungan orang yang diminati untuk tujuan ini seperti no telefon ataupun email. selepas pembayaran dibuat, kami akan menghubungi pihak yang diminati dan menyampaikan hasrat sahabat. sebenarnya perkara ini biasa dilakukan oleh sesiapa sahaja. tetapi bagi orang yang bersifat malu dan tidak mahu melibatkan orang yang dikenali sebagai orang tengah, kami sediakan khidmat ini.
sahabat juga boleh memilih untuk menyertakan sesi takruf atau tidak untuk program ini. wang tidak akan dikembalikan jika gagal mendapat keputusan yang baik.
2. Wakil Carikan Pasangan sesuai.
Wakil baitulmuslim.com yang carikan calon yang sesuai untuk diajak takruf mengikut kriteria yang diberikan oleh orang yang ingin mencari jodoh. program ini diadakan kerana ramai orang yang malu untuk berkenalan walaupun sudah menyertai program cari jodoh baitulmuslim.com.
caranya ialah:
1. berikan kriteria yang dikehendaki sebagai pasangan takruf
2. pihak baitulmuslim.com akan mencarikan calon yang sesuai sama ada dalam baitulmuslim.com atau melalui medium lain.
3. jika kedua-duanya setuju untuk bertakruf, sesi takruf akan diadakan.
4. jika tidak berjaya, wang tidak akan dikembalikan.
PERINGATAN:
program cari jodoh baitulmuslim.com adalah PERCUMA. perkhidmatan berbayar dalam laman web ini adalah perkhidmatan tambahan. sahabat boleh memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan ini.
- admin's blog
- Login or register to post comments
- 1261 reads


Comments
salam,
bagaimana cara untuk menggunakan perkhidmatan wakil baitulmuslim.com?
sila isi borang WAKIL BAITULMUSLIM di menu baitulmuslim.
Assalamualalikum,
bagaimanakah caranya untyk menggunakan perkhidmatan yang kedua, di mana pihak Baitulmuslim menjdai wakil unutk mencari pasangan yang sesuai dengan calon? syukran
sila isi borang wakil baitulmuslim. program ini adalah selama 6 bulan. jika kami tidak dapat cadangkan calon (sama ada setuju atau tidak), wang akan dikembalikan. sila baca artikel di atas dengan baik.