persoalan tentang cinta sejati

in

soalan untuk yang mempercayai cinta sejati

di sini disenaraikan beberapa contoh soalan kepda orang yang mempercayai cinta sejati:

cuba bayangkan wajah seseorang yang dirasakan sebagai cinta sejati sebelum menjawab soalan ini.

1. kalau dia tiba-tiba jatuh miskin dan merempat meminta sedekah, adakah masih ada cinta sejati?
2. jika dia tiba2 kemalangan dan lumpuh, buta dan tidak siuman, adakah masih ada cinta sejati?
3. jika dia murtad dan menjadi seorang pengikut kuat agama lain, adakah masih ada cinta sejati?
4. jika dia menjadi seorang suka berzina dengan orang lain, adakah masih ada cinta sejati?
5. jika sahabat baru mendapat tahu yang dia berjantina sebaliknya, masihkah wujud cinta sejati?

jika jawapan bagi soalan2 ini ialah tidak, maka ini membuktikan cinta sejati kepada pasangan tidak wujud. yang wujud ialah cinta bersebab.

jika semua soalan ini mempunyai jawapan YA, bagi saya sahabat adalah seorang yang gila.

pengalaman saya bertanyakn soalan ini.

semasa saya masih di sekolah menengah berasrama penuh, saya ada bertanyakan seorang kawan saya berkenaan perkara ini. saya masih ingat waktu itu adalah malam hujung minggu dan kelas-kelas sekolah asrama biasa diguanakan untuk dating.apabila dia balik dari berjumpa dengan makwenya, saya tanyakan soalan.

"hee Man (nama gelaran untuknya), kalau awek engkau lepas ni berlanggar dan lumpuh, engkau akan cinta kat dia lagi ke?"

dia menjawab "tidak".

saya bertanya lagi "jika dia kemalanagan dan mukanya penuh dengan parut, engkau akan menyintai dia lagi ke?"

dia menjawab "tidak".

saya bersyukur kerana Man menjawab soalan saya dengan jujur. ini bermakna cintanya kepada aweknya adalah cinta bersebab.

 

Comments

tapi kita memang memerlukan

mashitahj's picture

tapi kita memang memerlukan sebab untuk mencintai..

aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu maka hilanglah cintaku terhadapmu..

sebagai insan, mencintai dan dicintai fitrahnya bersebab...

papa s03's picture

 Salam...

betul tu.

mencintai dan dicintai perlu kepada sebab...

bila tiba masanya, hanya tinggal redha Allah sahaja sebab untuk kita mencintai dan dicintai.

sebab2 lain hanya untuk sementara.

Ya Allah, kurniakanlah secebis rasa cintaMu kepada hambaMu ini... Ameen...

hmm...

papa s03's picture

jawapan untuk kelima-lima soalan tu takkan sama...

 

tidak 'ya' untuk semua soalan, tidak juga 'tidak' untuk semuanya...

 

kekurangan dari rupa paras dan fizikal mungkin boleh diterima jika cinta itu kerana Allah semata2...

 

tapi tidak kekurangan dari segi agama dan iman...

 

tiada toleransi, bila si dia yang kita cintai, atau si dia yang mencintai kita sudah hilang maruahnya, atau agamanya, atau telah diragui akan imannya, pilihan yang ada hanyalah meninggalkannya. tiada lagi cinta sejati untuk si dia.

 

Ya Allah, redhaMu hamba dambakan dalam setiap helaan nafas dan hembusannya...