rasa2 masih ada lagikah laki2 dan wanita2 yg hatinya masih suci tidak pernah sek...

rasa2 masih ada lagikah laki2 dan wanita2 yg hatinya masih suci tidak pernah sekalipun bercouple?

Comments

azam's picture

Saya tak pernah bercouple. Tapi tak tau la hati suci ke tak sebab pernah juga cuba approach orang yg saya minat. mungkin dah takdir sy tak pandai tackle hati orang, saya dapat lindungi diri dari bercouple. Walaupun sebelum ni sy tak tau couple tu haram, sy ada rasa kekok, malu dan mcm bersalah bila cuba nak pikat seseorang. Jadi semuanya nampak mcm tak ikhlas dan tak bersungguh-sungguh kalau ikut tahap orang dah biasa bercouple. Walaupun sy mmg betul2 suka org tu. Alhamdulillah bila guna baitulmuslim, baru sy dapat berkawan dgn org yg sudi jadi calon sy tanpa perlu bercinta dulu.

Nur Aizatul200183's picture

salam,nak tanya, saudara azam,berapa lama saudara guna baitulmuslim ni sehingga bertemu jodoh?

Nur Aizatul

azam's picture

5 bulan dgn doa, usaha dan tawakkal.

chemical's picture

saya tk pernah couple dan ramai sangat2 perempuan yang tak pernah couple yang saya jumpa. Alhamdulillah.

humaira''s picture

betul, saya setuju..memang masih ada golongan spt ini..cuma soal hati itu xdapatla dipastikan..

Nur Aizatul200183's picture

admin,

saya la antaranya yang x pernah bercouple a.k.a bercinta..x kenal mcm mana rasanya cinta tu..hmm mungkin sbb dolu2 dok skolah ppuan n asyik berkawan dgn ppuan je..sampai x reti nk berkawan dgn kaum adam kot:)

kawan2 / sdara mara mmg x pcaya..hmm..camne nak wat org pcaya..x kan la benda cam gini nk tipu kan..hmm..

Nur Aizatul

Mior faizal's picture

Samala saya, kat sekolah dan universiti terlalu fokus pada belajar, bila bekerja pun fokus pada kerja dan tidak pernah bercouple..setakat keluar dgn kawan tu lain, dating pun saya tak pernah...

aisy diaz's picture

~ alhamdulillah ~

~ moga kita semua m'dapat jodoh yg terbaik menerusi b.muslim nie... =)

~ tumpang gembira atas kegembiraan saudara azam yg bertemu calon isterinya thru b.muslim nie ~

~bismillahitawakkaltu 'ala Allah ~

aisy diaz

Nurnadia's picture

bercouple cam buang masa je...andai dh suka seseorg n sesuai dgn diri...beragama..berakhlak...apa lg nk tunggu...teruskan hubungan dgn perkahwinan..

aisy diaz's picture

100% setuju dengan Nurnadia... =)

aisy diaz

nur lily's picture

salam saya pun tak pernah bercouple sehingga sekarang ini dan saya harap saya dapat kekalkan prinsip saya ini sehingga sampai waktunya kelak.Insyaallah.amin

suci salju's picture

Bersabarlah duhai hati...janji Allah pasti benar bagi orang-orang yang bersbar...

Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)

Mudah-mudahan Allah sw.t akan pertemukan kita dengan seseorang yang terbaik dari sisiNya..InsyaAllah..amin..~

May Allah give u, a rainbow for every storm,a smile for every tear,a blessing for each trial,a sweet song for every sigh,an answer for every prayer..

suci salju's picture

Bersabarlah duhai hati...janji Allah pasti benar bagi orang-orang yang bersbar... Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud, " ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3) Mudah-mudahan Allah sw.t akan pertemukan kita dengan seseorang yang terbaik dari sisiNya..InsyaAllah..amin..~

May Allah give u, a rainbow for every storm,a smile for every tear,a blessing for each trial,a sweet song for every sigh,an answer for every prayer..

humaira''s picture

Bersabarlah duhai hati...moga dirimu sentiasa kuat & tabah menikmati kehidupan sehari2...moga Allah sentiasa disisimu, supaya dikau mampu untuk melihat kehidupan ini secara positif, menikmati kehidupan ini dengan hati yang bahagia... ^__^,

suci salju's picture

Sabarlah kawan..
Jika Pencarianmu belum juga mempertemukanmu dengan tulang rusukmu, mungkin penantian ini adalah ujian ketaqwaanmu, akankah kau tetap istiqomah di jalan-Nya? Atau memilih jalan pintas yang tak diredhai-Nya..

Sabarlah kawan…
Mungkin lamanya penantian ini juga dikeranakan khilaf kita. Cuba muhasabah kekurangan dalam diri. Kita inginkan Allah segera memberi.. Namun kita lupa kita tak menyegerakan melaksanakan kewajipan, menunda-nunda solat namun menginginkan jodoh dengan segera.

Sabarlah kawan..
Sesungguhnya pasangan hidup, adalah sebagai teman berjuang.. Berjuang bersama membangun cinta kepada Allah..

Jangan IRI.. Jangan pernah IRI melihat kebahagiaan yang mereka dapat dengan mengkhianati Allah.. Kebahagiaan yang didapati dengan jalan melanggar syariat hanyalah tipuan Syaitan yang hendak menyesatkan..

InsyaAllah..amin..

-AkuIslam.com-

May Allah give u, a rainbow for every storm,a smile for every tear,a blessing for each trial,a sweet song for every sigh,an answer for every prayer..

Mior faizal's picture

Kawan2 saya semuanya pernah jatuh cinta..ada yang end up kahwin dengan lelaki atau perempuan yang mereka cintai, ada yang yang sebaliknya..hmm.kadang2 saya berfikir adakah cinta tu seperti yang dipertontonkan seperti dalam Drama Korea? Tapi tak semua drama Korea have a happy ending...Entahla..Life is a mystery..tapi segala ketentuan hanya akan berlaku dengan izin Allah..So banyakla berdoa kerana Allah sangat suka Hambanya yang banyak berdoa kepadanya..renung2kan dan Selamat beramal!!

Nur Aizatul200183's picture

:)

Nur Aizatul