saya ingin berpoligami, bolehkah saya menyertai baitulmuslim.com?
poligami adalah hal yang halalkan oleh Allah s.w.t. kita mesti beriman bahawa apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah membawa manfaat dan bukan mudharat kepada manusia.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
firman Allah yang maksudnya "“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilama kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” [An-Nisa : 3]...
masyarakat eropah sudah merasainya sekarang, buruknya pengharaman poligami terhadap negara. pertubuhan wanita german membuat permohonan agar dihalalkan poligami di negara mereka. ini kerana ramai wanita yang tidak dapat berkahwin akhirnya menjadi 'harta awam'.
pengharaman poligami sebenarnya lebih memudharatkan umat Islam berbanding barat. sebab di negara barat, walaupun mereka tidak boleh berkahwin lebih dari satu, mereka dibenarkan berzina. jadi wanita yang tidak berkahwin masih boleh bersekedudukan dengan pasangan mereka dalam keadaan tidak bernikah dan mereka boleh ada anak diluar pernikahan. jangan silap faham, ini bukan budaya yang baik. apa yang cuba dimaksudkan ialah pengharaman poligami di negara Islam lebih membawa impak buruk berbanding di negara barat. sedangkan di negara Islam, wanita yang tidak berkahwin akan bersendirian selama-lamanya jika mereka menjaga agama.
tapi kami hanya membenarkan orang yang ingin berpoligami mencari jodoh melalui baitulmuslim.com orang yang berusia 30 tahun ke atas. itu syaratnya. jangan silap faham. berpoligami dengan orang bawah usia 30 thn adalah HALAL DALAM ISLAM dan sahabat boleh mencarinya dengan menggunakan medium lain tapi bukan baitulmuslim.com.
mengapa diadakan penetapan umur?
kami ingin berpegang kepada misi kami "MEMASTIKAN SETIAP MUSLIM BERKELUARGA". ini bermakna kami ingin memastikan setiap ibu tunggal, janda dan andalusia (anak dara lanjut usia) memiliki peluang untuk berkeluarga. lebih baik berkongsi suami dan ada anak-anak daripada bersendirian hingga ke hari tua atau terjun ke kancah zina.
kami merasakan orang yang berusia bawah 30 tahun masih memiliki banyak masa dan ruang untuk mencari pasangan masing-masing.
bahkan inilah antara tujuan terpenting poligami, bukan untuk nafsu tetapi untuk kebaikan masyarakat. kami amat menyokong penetapan mesti ke mahkamah syariat jika ingin berpoligami. ini bagi memastikan orang yang ingin berpoligami mampu dari segi nafkah dan kewajipan lain. kami juga menentang apa-apa sahaja syarat lain yang cuba untuk menyusahkan dan menghalang poligami kerana ingin mengikut golongan yahudi dan nasrani.
“ ‘Tidak akan kiamat sebelum umatku mengikuti apa-apa yang dilakukan bangsa-bangsa terdahulu, selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta.’ Di antara para sahabat ada yang bertanya: ‘Ya Rasululah, apakah yang dimaksudkan (di sini) adalah bangsa-bangsa Yahudi dan Nasrani?’ Rasulullah menjawab: ‘Siapa lagi (kalau bukan mereka)’.” (Riwayat Bukhari)
ada yang berkata "saya andalusia, saya janda atau saya ibu tunggal tapi saya tidak mahu berpoligami"
jawapan bagi pernyataan ini ialah silakan. itu adalah hak saudari, 100% hak saudari. jika saudari merasakan suatu hari nanti saudari pasti akan berjumpa lelaki bujang yang akan berkahwin dengan saudari, kami doakan agar hajat tercapai. jika saudari merasakan boleh bersendirian hingga ke akhir hayat dan tidak terjun ke kancah zina, tahniah diucapkan kerana saudari adalah seorang yang tabah. Tetapi jangan kerana kita tidak mahu berpoligami, kita cuba menakut-nakutkan orang lain atau cuba menutup jalan yang halal ini.
komen jika perlu.
- admin's blog
- Login or register to post comments
- 738 reads


Comments
Gunakanlah senjata Allah berikan kepada kita: salah satunya solat istikharah. Berlapang dada dan meminta petunjuk dari Allah. Jika niat baik bertujuan menjadi hamba Allah yang ingin berbakti kepada agama Allah swt, maka di situ adanya 'khair' yang sangat banyak.
Salaam semua,
Pilihan utk mengamalkan poligami bagi wanita, memang pilihan individu tersebut walaupun perkara itu halal. Contoh spt Salleh Yaakub tidak banyak berlaku, walaupun begitu, pengamal poligami yang berjaya dan tidak berprofil tinggi juga ramai. Yang banyak di dengari adalah kes2 penganianyaan terhadap isteri2, ketidak adilan, tipu menipu dan lain2 perkara negatif.
Oleh itu wanita (terutama yg berstatus janda, andalusia atau ibu tunggal) akan menjadi serba salah bila dipinang untuk calun suami yang telah mempunyai isteri. Hendak diterima takut menghadapi mimpi ngeri spt yang selalu didengari, tidak diterima - usia semakin lanjut? peluang semakin tipis? tubuh semakin kurang menarik? sakit semakin banyak? etc... etc....
Rasulullah SAW telah memberi garis pandu dalam membuat keputusan ini... pilih saja yang ada agamanya, nescaya dia akan menjaga solatnya, keluarganya dari api neraka dan lain2.
Yakinlah... syariat Islam, itu lah yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya hidup dalam lingkungan perkahwinan solehah jauh lebih baik dari bersendirian yang solehah....
Poligami adalah perkara yang baik..walaubagaimanapun, jika ia tidak diurus dengan baik, pertelingkahan dan pergaduhan antara keluarga isteri pertama, kedua dan seterusnya akan menjadi lebih parah..Contoh yang terbaik adalah Keluarga Pemilik NAZA KIA..... Walaupun harta berbillion ringgit, tak semetinya dapat menjamin kebahagian antara 2 keluarga tersebut.. Jadi bagi pihak lelaki yang mampu berpoligami tu, renung2kan diri sendiri dulu sebelum meneruskan niat anda tu dan selamat beramal!!
Poligami adalah perkara yang baik..walaubagaimanapun, jika ia tidak diurus dengan baik, pertelingkahan dan pergaduhan antara keluarga isteri pertama, kedua dan seterusnya akan menjadi lebih parah..Contoh yang terbaik adalah Keluarga Pemilik NAZA KIA..... Walaupun harta berbillion ringgit, tak semetinya dapat menjamin kebahagian antara 2 keluarga tersebut.. Jadi bagi pihak lelaki yang mampu berpoligami tu, renung2kan diri sendiri dulu sebelum meneruskan niat anda tu dan selamat beramal!!
Poligami adalah perkara yang baik..walaubagaimanapun, jika ia tidak diurus dengan baik, pertelingkahan dan pergaduhan antara keluarga isteri pertama, kedua dan seterusnya akan menjadi lebih parah..Contoh yang terbaik adalah Keluarga Pemilik NAZA KIA..... Walaupun harta berbillion ringgit, tak semetinya dapat menjamin kebahagian antara 2 keluarga tersebut.. Jadi bagi pihak lelaki yang mampu berpoligami tu, renung2kan diri sendiri dulu sebelum meneruskan niat anda tu dan selamat beramal!!