saya menghadapi masalah ketika berhubung dengan calon baitulmuslim, bagaimana cara menyelesaikannya?

kami ada menerima beberapa luahan dan komen daripada pengunjung baitulmuslim.com bahawa mereka menghadapi masalah apabila berhubung dengan calon baitulmuslim melalui baitulmuslim.com. antaranya ialah:

"saya berhubung dengan seseorang dalam baitulmuslim ni. perhubungan kami tak jadi. dia akhirnya menyerang saya, kawan dan ahli keluarga saya melalui facebook".

atau

"saya ada kawan yang menyertai cari jodoh baitulmuslim.com. apabila sudah berkenalan dengan lelaki tersebut, kawan saya memberikan nombor telefon apabila diminta dan keluar dengan dia. lelaki itu pernah minta top up duit handphone dan pernah meminta duit dengan kawan saya. saya tidak yakin dengan baitulmuslim.com".


JAWAPAN:

kami perlu menjawab permasalahan ini melalui senarai jawapan di bawah:

1. setiap orang yang mendaftar dalam program cari jodoh telah bersetuju dengan salah satu terma baitulmuslim.com iaitu

"saya bersetuju bahawa baitulmuslim.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang permasalahan yang saya hadapi ketika menggunakan program cari jodoh baitulmuslim.com"

ini bermakna sebarang masalah yang dihadapi oleh peserta baitulmuslim.com mestilah diselesaikan sendiri. walaupun kami akan membantu apa yang patut dibantu, selebihnya adalah permasalahan individu dan perlu diselesaikan oleh individu tersebut.

2. program cari jodoh baitulmuslim.com tidak pernah memaparkan maklumat perhubungan sahabat sama ada alamat, nombor telefon, email, alamat akaun facebook atau myspace dan apa-apa maklumat perhubungan peribadi. satu-satunya cara yang membolehkan calon berhubung ialah dengan menggunakan PRIVATE MESSAGING yang mana private messaging hanya membolehkan seseorang itu berhubung melalui website baitulmuslim.com sahaja tanpa medium peribadi yang lain. dengan itu dia tidak tahu alamat, nombor telefon dan maklumat lain dari kita tapi masih boleh berhubung.

jika tidak mahu lagi berhubung dengan seseorang itu, klik sahaja pada BLOCK AUTHOR dan sahabat tidak akan lagi menerima private message dari dia. 


orang yang bertanggungjawab memberikan maklumat peribadi seperti nombor telefon, email atau alamat facebook adalah sahabat sendiri. jadi jika ada orang mengganggu sahabat menggunakan medium yang sahabat beritahu, diri sendiri perlu bertanggungjawab.

disebabkan oleh kita berada pada zaman teknologi maklumat, orang akan boleh berhubung dengan kita menggunakan medium lain walaupun tidak mendapat maklumat dari kita. contohnya orang lain boleh mendapatkan maklumat mengenai kita hanya dengan mengetahui USERNAME kita kerana username yang sama kita gunakan untuk facebook, myspace, friendster, blog dan servis internet yang lain. ada 3 cara untuk menyelesaikan masalah ini.

a. jangan gunakan username yang biasa digunakan di baitulmuslim.com

atau

b. jangan benarkan orang yang kita tidak percaya untuk masuk ke dalam facebook atau myspace sebagai kawan dan jangan membenarkan orang melihat nombor telefon dan email kita di facebook, friendster, blog/website sendiri dan lain-lain.

atau

c. spamkan mana-mana email yang kita tidak mahu terima.

 

3. tujuan medium PRIVATE MESSAGE adalah untuk mengajak untuk bertakruf dan bukannya untuk:
 

  •  meminta maklumat perhubungan
  •  meminta untuk berjumpa diluar

kami tidak akan bertanggungjawab atas takruf yang dilakukan sesama sendiri melalui private messaging.

kerana kita sudah sediakan perkhidmatan tambahan (bukan wajib) iaitu perkhidmatan sesi takruf untuk berkenalan lebih lanjut dan program wakil baitulmuslim untuk tujuan mencari pasangan dan berkenalan. private messaging di baitulmuslim.com tidak sepatutnya digunakan sepertimana kita menggunakan laman web komoniti yang lain seperti facebook, myspace, friendster dan lain-lain.

kita sediakan medium PRIVATE MESSAGING adalah untuk memastikan medium cari jodoh di baitulmuslim.com adalah lebih fleksible dan tidak tertumpu kepada beberapa cara sahaja. kita sebelum ini pernah menggunakan sistem yang tidak ada medium private messaging dan ternyata ianya sukar untuk calon baitulmuslim.com sendiri.

4. kita tidak pernah menilai secara detail latar belakang orang yang mendaftar di baitulmuslim.com kerana ianya adalah mustahil untuk dilakukan. cuma dengan wajah baitulmuslim.com yang kita tonjolkan, kita berharap agar hanya orang yang baik-baik sahaja yang menggunakan program cari jodoh baitulmuslim.com. tetapi di dunia sebenar akan ada golongan yang hanya mendaftar untuk main-main sahaja. kita tidak boleh elakkan hal ini dari berlaku kerana tiada orang pun yang boleh membaca hati manusia.

jadi tolong ada sikap waspada ketika berhubungan dengan calon baitulmuslim kerana kita tidak mahu ada masalah di kemudian hari.

KESIMPULAN

jika sahabat menghadapi masalah dikacau melalui facebook yang sahabat sendiri luluskan, diganggu melalui telefon yang sahabat sendiri berikan nombornya, diminta wang apabila sahabat sendiri yang pergi berjumpa, jangan salahkan baitulmuslim.com.

tetapi malangnya apabila kita menghadapi masalah peribadi dengan orang lain, yang menerima imej yang buruk ialah baitulmuslim.com. kita lebih suka mempersalahkan orang lain tetapi tidak akan mempersalahkan diri sendiri. mengapa tidak disalahkan facebook apabila sahabat ada masalah peribadi dengan rakan di facebook?

buat masa ini kami tidak bercadang untuk menutup penggunaan private messaging bagi kemudahan calon baitulmuslim, sila gunakannya dengan baik dan bukannya untuk ajak berdating, bergurau senda, memberikan pelbagai maklumat peribadi dan lain-lain. jika mahu berkenalan, sila gunakan sesi takruf. jika tidak mahu mencari jodoh sendiri, sila gunakan program wakil baitulmuslim.

sila laporkan kepada kami jika ada orang yang membuat masalah di baitulmuslim.com kerana kami akan menyenarai hitamkan orang tersebut dari baitulmuslim.com.

Comments

Ikhwan's picture

atas diri sendri juga..

Jika benarlah mahu mencari jodoh melalui cara ISLAM,nescaya tidak akan keluar cerita2 mcm nih..

melainkan niatnya telah terpesong..

Semoga semua calon-calon BAITULMUSLIM pandai menjaga diri sendri..

Jgn salahkan medium BAITULMUSLIM kerana kesalahan diri sendri..

Nu_uL's picture

[quote=Ikhwan]

atas diri sendri juga..

Jika benarlah mahu mencari jodoh melalui cara ISLAM,nescaya tidak akan keluar cerita2 mcm nih..

melainkan niatnya telah terpesong..

Semoga semua calon-calon BAITULMUSLIM pandai menjaga diri sendri..

Jgn salahkan medium BAITULMUSLIM kerana kesalahan diri sendri..

[/quote]

 

setuju dgn ikhwan...

pandai2 la jaga diri dan hati...

niat mencari isteri/suami..bukan couple sblm kahwin....

Nu_uL's picture

[quote=Ikhwan]

atas diri sendri juga..

Jika benarlah mahu mencari jodoh melalui cara ISLAM,nescaya tidak akan keluar cerita2 mcm nih..

melainkan niatnya telah terpesong..

Semoga semua calon-calon BAITULMUSLIM pandai menjaga diri sendri..

Jgn salahkan medium BAITULMUSLIM kerana kesalahan diri sendri..

[/quote]

 

 

 

setuju dgn ikhwan...

pandai2 la jaga diri dan hati...

niat mencari isteri/suami..bukan couple sblm kahwin....

hamidah's picture

fitrah manusia...silap sendiri tak ternampak...bahkan dituju pula pd org lain.NAUZUBILLAH.mudah-mudahan ALLAH bersihkan hati & bantu kita perbetulkan nawaitu.

isa's picture

jadikan pengajaran pd yg lain.....

mirid284's picture

semoga kita ikhlas mencari jodoh dan bukan niat hanya mencari kekasih.

terima kasih atas niat murni baitulmuslim membantu kita mendapatkan jodoh. hargailah usaha mereka ini dan usah

menyalahkan mereka atas kesilapan kita sendiri..