Saya sudah menyertai program cari jodoh tapi masih belum berjaya, mengapa?

ramai yang berkata bahawa mereka telah menyertai program cari jodoh tetapi tiada apa yang berlaku. baitulmuslim.com hanyalah medium bagi program cari jodoh. kesudahannya ketentuan jodoh adalah di tangan Allah. kita hanya berusaha dan Allah akan menentukan. persoalannya sekarang adakah usaha kita melalui baitulmuslim.com cukup? adakah kita perlu hanya sekadar mengisi borang dan akhirnya jodoh akan datang bergolek? untuk memastikan sahabat sudah melakukan usaha semaksima mungkin melalui baitulmuslim.com beberapa perkara perlu dipersoal:

  • sudahkah sahabat berhubung dengan orang yang sahabat minat melalui "SEND THIS USER A MESSAGE" di ruangan profile ahli?
  • sudahkah sahabat menggunakan perkhimatan berbayar wakil baitulmuslim jika sahabat tidak mahu berurusan dengan calon baitulmuslim secara terus/lansung? sila baca artikel tentang apakah itu program wakil baitulmuslm.
  • sudahkah sahabat mengisi borang dengan baik? adakah kriteria yang sahabat letakkan agak sukar untuk dipenuhi oleh orang yang menyertai program cari jodoh? adakah gambar yang sahabat masukkan tidak jelas, terlalu kecil untuk dilihat?
  • sudahkah sahabat menggunakan cara perkhidmatan cari jodoh yang lain atau pada laman web lain? kami tidak mahu sahabat hanya bergantung dengan baitulmuslim.com.
  • sudahkah sahabat meminta ahli keluarga dan orang terdekat untuk mencarikan jodoh untuk sahabat?

jika semua ini masih belum dilakukan bermakna sahabat masih belum betul-betul berusaha untuk mencari jodoh.

(nota: program cari jodoh baitulmuslim.com adalah percuma. perkhidmatan berbayar seperti wakil baitulmuslim dan perkhidmatan pentakruf adalah perkhidmatan tambahan kerana ia menggunakan masa dan tenaga orang lain)

Comments

Rashidah Hasni's picture

Salam... saya nak tanya kenapa tidak ada siapa yang ingin berkenalan dgn saya? saya pelik, xde seorang pun yang ingin berkenalan dgn saya, adakah baitul muslim ini benar-benar membantu mereka yang mencari jodoh??

syabab's picture

Kenapa tak boleh klik pada nama user? Susah la nak PM kalo camtu kan? Function search user pun tade..

admin's picture

semua kemudahan ini cuma diberikan kepada calon baitulmuslim. sila isi borang calon dahulu, baru fungsi ini enabled secara automatik.

nuurr's picture

salam ukhwah filah dari sy huda....26,ktn phg

0199325949

admin's picture

sama ada ada orang yang ingin berkenalan dengan kita atau tidak, itu hak masing-masing. persoalannya adakah saudari telah melakukan semua tang disenaraikan diatas.

perlu diingat, baitulmuslim.com bukannya pertubuhan sukarelawan yang mempunyai pekerja sepenuh masa untuk mencarikan jodoh bagi orang lain secara percuma.

kna's picture

assalamualaikum... mcm mana sy nak tahu yg borang sy sudah diterima? slpas sy save, tertulis disitu 'access denied".. mcm mane ye?

admin's picture