usaha menyekat poligami
peranan gerakan pembebasan wanita
gerakan pembebasan wanita (GPW) adalah golongan yang sangat kuat menentang poligami selain daripada media barat. mereka yang tidak menutup aurat dengan beraninya bercakap tentang hal-hal Islam. mereka biasanya disokong oleh sesetengah ahli politik yang menyebabkan penyebaran propaganda mereka menjadi lebih mudah dan berkesan ditambahkan pula penulis-penulis mereka dibenarkan untuk menulis artikel-artikel di akhbar-akhbar yang terkenal.
pernah juga mereka melancarkan kempen supaya seorang suami hanya dibolehkan mempunyai seorang isteri sahaja semata-mata untuk mengharamkan poligami. di beberapa negara sekular, ada undang-undang yang cuma membolehkan seseorang itu berkahwin lagi hanya jika isterinya mandul atau berpenyakit sedangkan islam tidak pernah meletakkan syarat seseorang itu berpoligami. ini adalah taktik untuk menyukarkan lagi poligami.
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, ‘Ini halal dan ini haram,’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung.” (QS. An-Nahl [16]: 116)
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”
(QS. Al-Baqarah [2]: 185)
sebenarnya pengharaman atau undang-undang untuk menyukarkan lagi poligami hanya mendatangkan keburukan kepada kita dan masyarakat seperti mana yang telah berlaku kepada negara barat. sedangkan Allah tidak menghalalkan sesuatu perkara itu melainkan untuk kebaikan manusia juga.
gerakan wanita Islam turut terpengaruh
bertambah malang lagi apabila yang terpengaruh dengan propaganda gerakan pembebasan wanita ialah organisasi muslimat yang menjalankan dakwah Islam. mereka bercakap tentang perlunya undang-undang Islam, perlunya pemerintahan Islam tetapi apabila ditanya tentang poligami, kefahaman mereka dipengaruhi oleh golongan feminisma. ada di antara muslimat yang sangat membenci poligami. ini kerana mereka terlalu banyak melakukan aktiviti dakwah dan kurang masa digunakan untuk belajar tentang fikrah islamiyah.
mereka tidak sedikitpun terfikir tentang sahabat-sahabat mereka yang masih belum bersuami walaupun usia sudah lanjut sedangkan sepatutnya ukhuwah dikalangan gerakan wanita Islam adalah lebih rapat berbanding orang awam. falsafah yang digunakan ialah "yang penting aku bersuami, orang lain apa nak dihiraukan".
ada yang lebih sibuk dengan dakwah politik tetapi pengabaikan islah yang paling utama yang patut dilakukan oleh gerakan wanita islam iatu islah keluarga. bila disebut islah keluarga, ia adalah satu pengertian yang luas. ia merangkumi segala perkara yang berkaitan dengan hal kekeluargaan seperti:
1. hal pencarian jodoh untuk kaum wanita, golongan andartu dan ibu tunggal.
2. hal pendidikan anak-anak
3. hal mencegah masalah sosial
4. hal perlindungan kaum wanita dari segi hak dan keselamatan
5. dan banyak lagi
apa yang berlaku ialah mereka hanya berteori. ceramah demi ceramah dilakukan tetapi tidak turun padang untuk bersama dengan remaja Islam yang rosak akhlaknya. saya pernah membaca satu artikel yang mana ketua gerakan wanita islam apabila bercakap tentan gejala sosial berkata mereka telah menasihatkan pihak kerajaan untuk membendung gejala sosial. ini adalah satu kenyataan yang sangat mengejutkan saya. dengan keahlian begitu ramai di seluruh negara yang hanya mampu ketua gerakan wanita islam ini katakan ialah dia telah menasihati kerajaan untuk menangani gejala sosial? tidakkah dia sedar bahawa dia sepatutnya bertanggungjawab untuk menggerakkan semua ahli di seluruh negara untuk melancarkan kempen memerangi gejala sosial? apa yang telah berlaku?
poligami disekat, pintu zina dibiarkan
kita lihat golongan yang cuba untuk mengharamkan poligami dengan pelbagai cara bukanlah orang yang ikhlas terhadap agama bahkan merekalah yang cuna untuk memasukkan pengaruh barat ke dalam sistem perundangan Islam. dalam keadaan pintu poligami cuba ditutup dengan apa cara sekalipun, pintu zina dibuka seluas-luasnya. mereka tidak pernah walaupun sekali menyebut untuk mengetatkan undang-undang untuk membendung gejala zina. mereka tidak pernah bercakap tentang pergaulan bebas lelaki perempuan, pemakaian seksi oleh wanita Islam, pergaulan bebas di kalangan pelajar dan sebagainya.
masalah pembuangan bayi
saya masih ingat apabila heboh isu pembuangan bayi yang berlaku diseluruh negara, yang dirunsingkan ialah pembunuhan anak yang tidak berdosa dab=n bukannya gejala zina yang membawa kepada gejala buang anak. mereka cuba untuk menambah hukuman kepada orang yang membuang anak tetapi tidak pernah menyebut untuk menambah hukuman terhadap menzina. mereka runsing bayi dicampak di merata tempat tetapi tidak pernah runsing gejala zina dan yang berlaku di merata tempat.
pendidikan seks yang dirangka untuk diajar di sekolah dan universiti adalah untuk mendidikan golongan muda untuk melakukan seks(zina) dengan selamat supaya tidak berlaku pembuangan anak dan bukannya untuk mendidikan golongan muda untuk menjauhi zina.
orang bukan islam mempraktiskan poligami tanpa had
kalau Islam hanya membenarkan poligami hanya kepada 4 orang isteri sahaja, oranng bukan Islam boleh 'berpoligami' tanpa had pasangan. ini berlaku dengan cara memiliki perempuan simpanan. bukan satu rahsia bahawa orang-orang bukan Islam yang kaya memiliki perempuan simpanan yang ramai. mereka menyediakan rumah dan wang kepada perempuan-perempuan ini dengan syarat kehendak mereka dipenuhi. walaupun bila ditanya, mereka akan berkata 'saya ada seorang isteri', tetapi hakikatnya mereka memilihi isteri tidak rasmi tanpa had. sistem ini lebih buruk daripada sistem yang islam anjurkan dan inilah sistem yang masyarakat Islam mendekatinya sekarang.
kita semua tahu bahawa perempuan simpanan adalah golongan yang malang. mereka tidak memiliki hak sepertimana seorang isteri dari segi undang-undang. mereka tidak ada hak untuk menuntut harta, tidak ada hak untuk menuntut nafkah, tidak ada hak mahkamah jika lelaki itu meninggalkan dia. yang lebih memeningkan kepala lagi di barat, mereka meletakkan undang-undang bahawa hubungan seks tidak boleh disertakan dengan pemberian wang. kerana memberi wang dikira sama dengan pelacur. jadi berlakulah tragedi wanita barat dijadikan tempat pemuasan nafsu tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa menghiraukan keperluan seharian mereka. pelacur mendapat wang untuk keperluan harian, perempuan simpanan salah dari segi undang-undang untuk diberikan wang. mereka terpaksa menanggung kehidupan mereka sendiri tanpa diberi 'nafkah' oleh lelaki yang meniduri mereka.
orang bukan Islam walaupun mereka tidak boleh berpoligami, tapi wanita-wanita mereka boleh mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan boleh mempunyai anak melalui hubungan haram dengan lelaki lain. ini bermakna wanita bukan Islam walaupun tidak dibenarkan berpoligami, mereka masih boleh merasa perhubungan dengan lelaki dan boleh memiliki anak walaupun anak itu anak hasil hubungan haram.
yang malangnya dengan wanita islam ialah bukan sahaja mereka tidak berpeluang untuk berkahwin kerana poligami disekat, wanita-wanita solehah ini juga tidak boleh berhubung dengan lelaki lain dan tidak boleh memiliki anak kerana kerhubungan diluar pernikahan adalah haram. jadi di sini kita boleh lihat ialah pengharaman poligami lebih membawa akibat buruk kepada wanita Islam berbanding wanita bukan Islam.
kisah lucu di negara bukan Islam
kita semua tahu bahawa di negara bukan Islam, poligami adalah diharamkan kerana mereka berkata poligami merendahkan martabat wanita. yang hairannya ialah budaya perempuan simpanan tidak pula dikatakan sebagai merendahkan martabat wanita. satu kisah di mana seorang lelaki muslim berpoligami. dia menjalankan tanggungjawabnya dari segi nafkan dan tanggungjawab dengan baik. disebabkan poligami diharamkan, jadi dia pergi ke rumah isteri keduanya secara bersembunyi.
apabila hal ini diketahui oleh jirannya, jirannya membuat laporan polis. satu hari apabila dia pergi ke rumah isteri keduanya, dia telah diserbu oleh pihak polis kerana dituduh berpoligami. apabila disoal di rumahnya, lelaki muslim itu berkata "ini bukan isteri kedua saya, ini perempuan simpanan saya". pegawai yang melakukan serbuan itu berkata bahawa dia telah melakukan kesilapan kerana membuat serbuan dan meminta maaf kerana serbuan tersebut. lelaki muslim itu tidak diganggu lagi kerana dia memberi alasan bahawa di datang ke rumah perempuan simpanannya (mistress).
baru-baru ini ketika kempen anti islam memuncak di Perancis, seorang lelaki muslim telah ditangkap kerana mengamalkan poligami. di hadapan wartawan yang mengerumuninya, dia berkata bahawa Perancis mengharamkan poligami tetapi menghalalkan perempuan simpanan yang menjadi budaya masyarat. ini mendatangkan kemarahan masyarakat dan media Perancis kerana menghebahkan budaya perempuan simpanan yang biasa dilakukan oleh golongan berada.
- admin's blog
- Printer-friendly version
- Login or register to post comments
- 811 reads

