HUKUM PERKAHWINAN, ANDA DI BAHAGIAN MANA?

HUKUM PERKAHWINAN, ANDA DI BAHAGIAN MANA?

"hukum pernikahan adalah sunat namun begitu terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan hukum pernikahan menjadi wajib"

Dikarang oleh Inaaina | Dakwah

Seperti yang kita ketahui Allah SWT telah menciptakan manusia berpasang-pasangan dan setelah itu akan melahirkan keturunan yang taat dan mengabdikan diri kepada Allah azza wa jalla. Secara amnya hukum pernikahan adalah sunat namun begitu terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan hukum pernikahan menjadi wajib, makruh dan bahkan haram. Jadi mari kita lihat sebab-sebab yang menjadikan hukum perkahwinan berubah.

1)Hukum Pernikahan Menjadi Wajib

Perkahwinan menjadi wajib apabila seseorang itu mampu dari segi fizikal, mental dan juga kewangan dan berkemungkinan besar tidak dapat menahan diri daripada melakukan maksiat yang menjurus ke arah zina yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Tapi perlu diingat jika seseorang itu mampu mengawal nafsu maka menunaikan Haji wajib didahulukan terlebih dahulu kerana beliau adalah seorang yang mampu dari pelbagai aspek.

2)Hukum Pernikahan Menjadi Sunat

Menjadi sunat apabila seseorang itu telah cukup umur dan baligh serta mampu mengawal nafsu. Namun demikian, walaupun seseorang itu mampu mengawal nafsu namun tidaklah elok jika seseorang itu berkeinginan untuk tidak berkahwin buat selamanya, kerana Islam mengalakkan perkahwinan dan nabi Muhammad SAW suka melihat umatnya yang ramai.

3)Hukum Pernikahan Menjadi Harus

Hukum harus adalah kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin.

4)Hukum Pernikahan Menjadi Makruh

Hukum menjadi makruh apabila seseorang itu tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan juga kurang berkemampuan dari segi fizikal dan mental tetapi mereka ini tidak lah memberi mudarat kepada isteri jika mereka berkahwin

5)Hukum Pernikahan Menjadi Haram

Perkahwinan menjadi haram apabila seseorang itu tidak berkemampuan untuk memberi nafkah zahir dan batin dan tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin malah bahkan berkemungkinan akan menganiayai isteri mereka sendiri jika perkahwinan berlaku.

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar