CIRI-CIRI MENGAPA SI DIA TIDAK LAYAK DIGELAR KAWAN SEJATI!

"kawan baik adalah tempat dimana kita berkongsi masalah kita selain daripada keluarga sendiri"

Kategori Artikel: 
Kongsi artikel ini: 

Sudah tentu kita semua mempunyai kawan baik kan. Kebiasaanya, kawan baik ini antara satu atau dua orang sahaja. Senang cerita, jarang lah kalau lebih dari empat orang ini. Ini adalah kerana, kawan baik adalah tempat dimana kita berkongsi masalah kita selain daripada keluarga sendiri. Bahkan ada antara mereka yang lebih selesa untuk berkongsi dengan kawan baiknya sendiri. Atau dikenali seperti bff (bestfriend forever). Namun, masih ada ciri-ciri seorang kawan yang tidak layak digelar kawan sejati anda.

Apabila "seperti kacang lupakan kulit"

Anda ada kawan, dimana setiap masalah yang anda alami, anda akan kongsi dengan kawan baik anda, mereka akan dapat membantu anda dalam pelbagai aspek, mungkin dari segi memberikan nasihat, lantas anda pun bersemangat dalam menempuh masalah yang dihadapi itu, begitu juga sebaliknya apabila kawan anda pula yang berdepan dengan masalah, anda cuba membantu mereka, memberikan semangat. Namun, apabila masalah itu sudah selesai, kawan anda terus lupakan anda, bahkan siap berseronok lagi dengan kawan-kawan yang lain. Itu tandanya kawan itu tidak layak dijadikan teman sejati anda.  

Apabila si dia sering menjadikan anda ‘bank’

Kawan, kawan mana yang sanggup tengok kawan dia susah kan. Sekiranya kawan anda mengalami masalah dari segi kewangan, bahkan untuk menampung perbelanjaan hariannya pun tak cukup, anda pun hulurkan bantuan wang ringgit kepada mereka, namun, kalau jarang-jarang tak apa lah juga, ni sampai kerap kali, anda pun ada komitmen lain juga, bukan untuk tanggung kawan anda sahaja. Ini tandanya si dia sudah berani mengambil kesempatan atas kebaikan anda.

Apabila si dia tikam dari belakang

Apa yang seringkali berlaku pada masyarakat sekarang di mana kawan makan kawan, senang cerita, anda sudah mempunyai buah hati, dek kerana terlalu percayakan kawan baik anda, semua kelebihan atau kebaikan yang ada pada buah hati anda itu dikongsi dengan kawan baik anda sendiri, malah yang membawa padahnya apabila kawan baik anda sendiri yang tertarik akan kelebihan buah hati anda, lantas si dia berniat untuk mengurat buah hati anda itu.

Oleh itu, baik lelaki mahupun perempuan, hati-hati juga dalam memilih kawan, sentiasa berdoa memohon kepada Allah supaya kita dikelilingi dengan mereka yang ikhlas dalam berkawan dengan kita.

 

Kongsi artikel ini: