LELAKI, KAMU PUN ADA MARUAH DIRI.

"ada juga yang sanggup korban beribu ringgit demi memujuk hati si perempuan"

Kategori Artikel: 
Kongsi artikel ini: 

Dalam dunia ini, terdapat segelintir kaum lelaki yang tidak ada maruah diri. Pasti anda terkejut dengan statement ni kan? Kenyataan ini mungkin membawa tanda tanya kepada para pembaca, ini adalah kerana, ‘maruah diri’ sering dikaitkan dengan perempuan sahaja, dimana perempuan perlu menjaga maruah diri mereka daripada tercalar. Sebenarnya, kaum lelaki juga mempunyai maruah diri mereka tersendiri.

Secara realitinya, terdapat segelintir lelaki yang jenis sukar untuk move on. Lebih-lebih lagi dalam hubungan percintaan. Ada yang sanggup lakukan apa sahaja untuk menambat hati si perempuan, namun, kalau perempuan tu tidak berminat untuk menerima cinta anda, move on lah.

Soal cinta bukan perkara main-main, apabila si perempuan mengatakan tidak, usah terhegeh-hegeh untuk mendapatkannya. Lelaki, ini maruah diri anda. Kalau di drama seperti yang kita dapat lihat, ada babak dimana si lelaki tidak boleh terima keputusan si perempuan menolak pinangannya sehingga sanggup berbasahan di bawah hujan di depan rumah si perempuan, semata-mata untuk memujuk si perempuan, memang nampak mengarut, tetapi sebenarnya, dalam realiti sebenar, memang wujud lelaki macam tu.

Malah ada juga yang sanggup korban beribu ringgit demi memujuk hati si perempuan, sedangkan si perempuan langsung tidak menunjukkan respon apa-apa. Janganlah sampai macam tu sekali, memang ada istilah mengurat namun biar lah berpada. Jangan sampai sesal di kemudian hari.

Ada juga yang sering kali dimarahi dengan perempuan, malah ditampar di khalayak ramai namun si lelaki masih tenang. Si lelaki tidak sedar tindakan itu sebenarnya telah mencalar maruah dirinya sendiri. Apa yang menyedihkan adalah, si lelaki tidak sedar dalam diam sebenarnya dia sudah menjadi hamba kepada wanita semata-mata berlandaskan cinta.

Mereka seringkali beranggapan cinta mereka itu tulus dan suci, tetapi sebenarnya mereka hanya menumpang di bawah kasut si perempuan sahaja. Justeru itu, wahai kaum lelaki, jauhkanlah diri dari menjadi hamba kepada wanita hanya kerana gara-gara cinta, bertindak matang dan rasional dalam setiap perkara, jangan taksub dengan CINTA semata-mata. Wallahualam.

 

Kongsi artikel ini: