7 Tanda Kerjaya (Pekerjaan) Anda Menghalang Untuk Bertemu Jodoh

7 Tanda Kerjaya (Pekerjaan) Anda Menghalang Untuk Bertemu Jodoh

Akibat tidak dapat menguruskan kerja dengan baik dan beban kerja yang semakin bertambah, anda mungkin merasakan bahawa anda tidak mempunyai masa untuk mencari jodoh...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Memiliki pekerjaan yang baik dan kewangan yang stabil di dalam kehidupan adalah sangat bagus untuk masa hadapan anda. Dalam sesuatu perhubungan, kerjaya yang sukses merupakan antara elemen yang membantu anda dan bakal pasangan anda bahagia. Ramai pasangan yang sudah berkahwin hari ini bercerai kerana kerjaya mereka tidak stabil dan mereka gagal menguruskan kewangan dengan baik.  

Namun jika anda terlalu ghairah dengan kerjaya, ia mungkin menjadi punca menghalang anda untuk bertemu jodoh. Pada artikel kali ini, saya akan kongsikan 7 tanda yang menunjukkan kerjaya anda menghalang anda untuk bertemu jodoh. Ciri-ciri ini mungkin terkena pada diri anda dengan secara anda tidak sedar.

1. Kurang Bersosial Dengan Kawan-kawan Dan Masyarakat

Setiap kali mendapat undangan daripada kawan-kawan atau jemputan aktiviti kemasyarakatan di kawasan perumahan anda, anda sering menolak dan tidak memenuhi jemputan tersebut. Sebagai contoh, kawan anda menjemput anda untuk menghadiri perkahwinannya atau ada program gotong-royong di kawasan perumahan anda, anda tidak menghadirinya.

Alasannya adalah kerana sibuk dengan urusan kerja dan jika anda tidak bekerja pula anda memberi alasan penat kerana telah seharian bekerja. Ia mungkin sesuatu yang biasa pada pemikiran anda, namun sikap inilah yang mungkin merosakkan hubungan anda dengan kawan-kawan dan jiran tetangga. Malah lebih teruk, dengan sikap kurang bergaul dan bersosial ini anda akan menjadi lebih susah untuk mendapat jodoh.  

2. Rasa Tidak Ada Waktu Untuk Mencari Jodoh

Akibat tidak dapat menguruskan kerja dengan baik dan beban kerja yang semakin bertambah, anda mungkin merasakan bahawa anda tidak mempunyai masa untuk mencari jodoh. Ia menandakan bahawa anda telah mencampuradukkan urusan kerja dengan urusan peribadi anda.

Waktu bekerja, kerjalah dengan bersungguh-sungguh untuk memajukan syarikat. Jika waktu kerja anda telah tamat, maka itu adalah masa untuk diri anda sendiri. Kalau anda dapat menguruskan waktu dengan baik, maka anda tidak akan merasakan bahawa anda tiada waktu untuk mencari jodoh.

3. Akibat Sibuk Dengan Kerjaya, Anda Mengabaikan Penampilan Diri

Penampilan diri merupakan perkara pertama yang dilihat oleh seseorang untuk menilai orang tersebut. Ia bukan sahaja memberi satu gambaran yang positif terhadap nilai diri yang ada pada seseorang tetapi juga mampu mempengaruhi prestasi kecemerlangan individu itu sendiri.

Namun apabila kita sibuk bekerja, penampilan diri kita mungkin tidak terurus dan terabai. Ia akan memberi impak negatif kepada diri anda termasuklah menyukarkan anda dalam hal untuk bertemu jodoh.

4. Membawa Kerja Pejabat Hingga Ke Rumah

Petanda lain bahawa kerjaya anda menghalang untuk bertemu jodoh ialah anda membawa kerja pejabat anda ke rumah. Jadi, dengan membuat kerja pejabat di rumah anda tiada masa untuk bersosial dengan kawan-kawan mahupun memikirkan soal jodoh. Kerja pejabat sepatutnya diselesaikan di pejabat dan tidak seharusnya dibawa pulang ke rumah. Rumah adalah tempat anda untuk beristirahat dan bebas daripada segala kerja-kerja pejabat.

5. Tidak Pernah Mengambil Cuti

Jika anda tidak pernah atau jarang mengambil cuti, ia juga menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang kuat bekerja. Kuat bekerja adalah sesuatu yang bagus. Namun, jika anda tidak pernah mengambil cuti dan bekerja sepanjang masa tanpa memikirkan kehidupan peribadi, ia akan memberi kesan yang negatif. Jika bukan sekarang, mungkin pada masa hadapan anda nanti.

6. Banyak Berfikir Masalah Kerja Hingga ‘Stress’

Apabila banyak berfikir mengenai kerja, ia boleh menyebabkan seseorang itu stress dan seterusnya mungkin menyebabkan anda tidak memikirkan soal jodoh. Menurut pakar, stress adalah punca kepada bermula pelbagai jenis masalah mental lain seperti kemurungan, anzieti (kebimbangan) bahkan boleh menyebabkan schizophrenia. Schizophrenia bermaksud gangguan mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang tentang realiti. Oleh itu, elakkan stress dengan urusan kerja. Jika perlu, ambil cuti dan rehat.

Gambar menunjukkan 69 peratus tekanan berlaku di tempat kerja. Selebihnya berpunca daripada masalah dengan pasangan/keluarga dan pengambilan ubat yang tidak terkawal

 

7. Apabila Bersembang, Tidak Ada Topik Lain Selain Daripada Urusan Kerja

Tanda yang terakhir anda ‘obsess’ dengan kerjaya anda ialah apabila bersembang, anda akan berbual topik dan isu-isu berkaitan kerja sahaja. Anda mungkin berminat untuk bercakap tentang hal-hal kerja tetapi orang-orang sekeliling anda mungkin tidak berminat dengan topik itu. Boleh disembangkan perkara berkaitan kerja jika mahu, namun biarlah berpada-pada agar orang lain tidak bosan dengan diri anda.

Kesimpulan

Senarai di atas merupakan beberapa pandangan saya mengenai 7 tanda pekerjaan anda mungkin boleh mempengaruhi anda untuk sukar mendapatkan jodoh. Saya tegaskan sekali lagi, kerjaya yang bagus adalah sangat baik kerana ia merupakan punca pendapatan untuk menguruskan kehidupan seharian. Namun jika tiada kawalan dan pengurusan yang baik, ia mungkin bakal memberi impak yang negatif dalam kehidupan anda kelak.  

Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia

 

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar