CARA MENJEMPUT JODOH DALAM MASA TERDEKAT

CARA MENJEMPUT JODOH DALAM MASA TERDEKAT

Pasti setiap manusia baik lelaki mahupun perempuan ingin mendirikan rumah tangga dan membina keluarga bersama pasangannya...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Anda sering diajukan soalan seperti ini:

“Eh bila nak kahwin?”

“Jangan asyik tangguh je, nanti tak kahwin-kahwin”

Bukan itu sahaja, bermacam-macam lagi soalan yang akan ditanya dan soalan-soalan itulah yang membuatkan anda berasa sangat tertekan lebih-lebih lagi sekiranya ianya diajukan oleh orang luar selain daripada ahli keluarga anda sendiri.

Siapa je yang tak mahu kahwin kan? Pasti setiap manusia baik lelaki mahupun perempuan ingin mendirikan rumah tangga dan membina keluarga bersama pasangannya. Namun, sekiranya mereka sudah ditakdirkan masih belum bertemu dengan jodohnya, berusaha macam mana sekalipun ianya pasti tidak akan bertemu. Apakah caranya untuk menjemput jodoh dalam masa terdekat ini? adakah  ianya seperti magik, tiup-tiup sahaja terus muncul di depan mata? Tidak! Mana ada kerja mudah seperti itu. Adakah anda mengetahui akan cara untuk menjemput jodoh? Jom kami kongsikan.

Percaya dan yakin pada Allah

Perkara pertama yang harus anda ‘highlight’ kan adalah PERCAYA PADA ALLAH. YAKIN PADA ALLAH. Berat macam mana pun ujian yang kita hadapi dan berdepan, kita harus percaya pada Allah dan yakin akan ketentuan-Nya. Setiap jalan yang telah Allah tentukan buat kita ianya pasti adalah yang terbaik. Lagi bagus sekiranya kita sentiasa letak ‘mindset’ seperti “malas lah nak fikir yang bukan-bukan, ini semua kerja Allah, terima sahaja ketentuan yang ditetapkan-Nya atau “ini adalah ujian dari Allah untuk aku, kuatkanlah aku dalam menghadapi ujian ini, dan sentiasa bersabar”. Jangan sesekali melihat ujian itu sebagai dugaan malah anggap ianya sebagai anugerah untuk anda terus kuat menghadapinya.

Berusaha untuk menjemput jodoh

Setiap perkara yang ingin dilakukan mestilah dimulakan dengan usaha. Kalau tanpa usaha, macam mana sesuatu perkara itu mampu membuahkan hasil? Begitu juga dalam mencari jodoh, kalau tanpa usaha, sudah pasti setiap perkara tidak dapat dicapai. Mahu bernikah, tapi usaha dalam mencari teman hidup diendahkan sahaja. Setiap usaha yang dilakukan ada kalanya mendatangkan hasil yang positif malah ada juga yang mendatangkan hasil yang negatif. Tidak salah kalau teruskan berusaha!

Setiap urusan yang kita ingin lakukan, perkara pertama yang harus ada dalam diri kita adalah percaya dan yakin pada Allah SWT. kalau diri kita sendiri menidakkan setiap ketentuan Allah, bagaimana kita mampu memperoleh kejayaan? Apabila dikaitkan dengan jodoh pula, sudah tentu setiap kelewatan yang berlaku, Allah sudah mempunyai perancangan buat hamba-Nya. Teruskan meletakkan kepercayaan dan yakin pada-Nya. Perkara kedua pula seperti yang telah ditekankan di atas adalah dengan berusaha. Perkara pertama sudah diterapkan dalam diri kita, justeru perkara kedua juga harus diamalkan. Kalau hanya sekadar mempercayai akan ketentuan Allah tapi tanpa sebarang usaha pun tidak ada guna juga. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan perkara ini agar kita dapat menjemput jodoh dengan cara yang sangat mudah.

Kesabaran itu sangat penting!

Jom bina #baitulmuslim (keluarga muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar