Cara Menjemput Jodoh Dengan Yakin

Cara Menjemput Jodoh Dengan Yakin

Adakalanya kita tidak mempunyai impian dan keinginan yang dirancang. Dalam bahasa inggeris ia disebut ‘design our destiny’...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Adakalanya kita tidak mempunyai impian dan keinginan yang dirancang. Dalam bahasa inggeris ia disebut ‘design our destiny’. Kita melalui hidup kita ibarat kapal yang bersauh di suatu perhentian tanpa hala tuju. Tiada matlamat utama yang ingin dicapai. Apabila Allah beri kehidupan yang tidak kita inginkan, kita marah kepada Allah. Kita salahkan Allah, “Kenapa Kau beri aku begini?” Sedangkan kita tidak sedar bahawa kita kedekut hendak berdoa. Kedekut untuk meminta kehidupan yang bagaimana kita impikan.  

Proses Menyeru Jodoh – Kisah Mak Dan Anak

Seorang gadis sudah berumur 35 tahun tetapi masih belum mendapatkan jodohnya. Suatu hari mak kepada gadis itu mengajak anaknya untuk berdoa. Mereka bangun malam dan sama-sama berdoa supaya gadis itu mendapat jodohnya. Setiap kali selepas solat mereka berdoa, hatta pada solat Dhuha sekalipun. Selepas 7 hari mengamalkannya, ada surat jemputan reunion sampai ke rumah mereka. Apabila si mak khabarkan kepada gadis itu, kelihatan anaknya itu malas untuk pergi ke majlis tersebut.

Si mak cuba untuk memujuk dengan mengatakan, ada kemungkinan jodohnya di situ. Mungkin ia adalah tanda-tanda Allah memakbulkan doa mereka dengan sampainya surat jemputan reunion itu di rumah mereka. Anak perempuannya tersedar dan bersetuju untuk pergi. Seterusnya mereka terus berwuduk dan berdoa. Mereka berterima kasih kepada Allah kerana mungkin surat reunion itu adalah antara tanda-Nya bagi doa mereka. Tidak cukup dengan itu, mak dan anak itu bersedekah dengan apa yang ada pada mereka.

Antara barang yang mereka sedekahkan adalah cincin, untuk meningkatkan pemakbulan doa mereka kepada Allah. Si gadis mula menelefon kawan-kawannya. Majoriti kawannya tidak dapat hadir ke reunion itu. Kemudian, gadis itu pergi ke reunion tersebut bersendirian. Suatu ketika, ada seorang lelaki menegurnya. Selepas berbual, rupa-rupanya lelaki itu juga tiada kawan-kawannya yang datang. Beberapa minit mereka berbual, tiba-tiba ada seorang budak lelaki datang kepada lelaki itu.

Perempuan itu mula berasa kecewa. Kemudian, perempuan itu bertanya kepada lelaki itu, “Daripada tadi hanya nampak anak, isterinya di mana?” Lelaki itu menjawab, isterinya telah meninggal. Perempuan itu mula tersenyum. Si perempuan bertanyakan bila isterinya meninggal. Si lelaki menjawab sudah 2 tahun. Selepas itu, perempuan itu meluahkan dia juga masih belum berkahwin. Mereka berkawan selama 3 bulan dan seterusnya bernikah.

4 Proses menjemput jodoh.

Syarat utama adalah kita yakin Allah akan berikan kita pasangan. Yang tinggal hanyalah kita perlu berusaha mendapatkannya. Allah telah berfirman dalam surah yasin ayat 36 yang bermaksud,

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”

(Surah Yasin: 36)

1. Banyakkan berdoa.

Antara perkara yang menghijab kita daripada bertemu jodoh adalah kurang berdoa. Sentiasa berdoa untuk mendapat jodoh yang soleh atau solehah di samping memperbaiki diri untuk menjadi soleh atau solehah daripada kecil lagi. Adakalanya pemakbulan doa itu mengambil masa. Justeru, penting berdoa sejak kecil. Setiap kali selepas solat, disarankan berdoa bersama ibu bapa dan keluarga, supaya doa itu menjadi lebih berkat dengan izin Allah. Sebaiknya tiap kali berdoa, beristighfar terlebih dahulu, selawat kemudian nyatakan doa secara spesifik.

2. Kenali tanda-tanda Allah.

Daripada kisah di atas, selepas 7 hari mereka berdoa ada surat jemputan yang sampai ke rumah mereka. Ia berkemungkinan besar adalah salah satu tanda-tanda Allah untuk memakbulkan doa kita. Justeru, selepas berdoa, sangat penting untuk peka dengan tanda-tanda yang Allah berikan. Walau sekecil zarah sekalipun, bersyukur atas setiap tanda yang Allah berikan itu walaupun kelihatan remeh.

3. Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan doa.

Walaupun tanda-tanda Allah sudah mereka dapat, tetapi mereka tetap bersedekah untuk meningkatkan potensi pemakbulan doa supaya gadis itu mendapat jodohnya.

4. Lalui situasi itu.

Setelah berdoa, kenali tanda-tanda Allah dan sedekah, lalui situasi itu. Seperti kisah di atas, gadis itu pergi sahaja ke reunion itu walaupun tiada kawan-kawan yang sebaya dengannya. Dengan doa, dia bertemu jodohnya di situ. Dia berkawan dengan lelaki yang ditemui di reunion itu kemudian selepas 3 bulan mereka bernikah.

Jom bina #baitulmuslim (keluarga muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar