Nasihat Untuk Menjemput Jodoh Yang Baik Menurut Islam

Submitted by Inaaina on

Cinta adalah suatu perasaan ikhlas lahir daripada hati setiap insan. Cinta seorang ibu kepada anaknya menyebabkan dia sanggup melakukan apa-apa sahaja. Walaupun sakit melahirkan, masih sanggup melahirkan lagi dan lagi.

Cinta ini kita kena tahu bagaimana untuk disalurkan dengan betul. Mestilah kita perlu guna method seperti yang digariskan dalam al-Quran dan juga hadis.

Dalam surah An-Naba’ ayat 8, Allah SWT berfirman:

Dan kami telah menjadikan kamu berpasang-pasangan.

"Bukan Tiada Jodoh Tapi Belum Ada Jodoh"

Submitted by Inaaina on

Jodoh dan pertemuan adalah perkara misteri yang tidak diketahui oleh manusia. Jodoh juga adalah ketentuan Allah yang manusia tidak mampu mengubah kerana semuanya sudah ditetapkan oleh-Nya. Sesungguhnya segala sesuatu terlaksana dengan takdir Tuhan.

Firman Allah SWT:

Dan segala sesuatu itu di sisi Tuhan adalah ketentuan takdir. (Surah al-Ra’d: 8)

Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu itu dengan takdir. (Surah al-Qamar: 49)

Dugaan Orang Bertunang

Submitted by Inaaina on

Darah manis! Itu antara yang sering dikatakan dalam tempoh mereka sedang bertunang. Perkara ini kerana dalam tempoh berkenaan sering kali dikatakan mengenai cabaran dalam hubungan.

Ada juga sebelum mengikat tali pertunangan, segala-galanya dalam keadaan baik dan mesra. Namun, dalam tempoh bertunang satu persatu cabaran dalam hubungan timbul.

Jika tidak bijak mengatur langkah untuk mengatasi cabaran itu, hubungan yang dibina ketika di alam percintaan boleh musnah begitu sahaja.

Usah Risau Lambat Jodoh Asalkan Tak Tersalah Pilih Pasangan

Submitted by Inaaina on

Ajal, maut dan jodoh rahsia Allah. Lambat atau cepat mendirikan rumahtangga bukanlah penentu kebahagiaan sebenar.

Apa yang penting, persediaan melengkapkan diri dengan akhlak dan agama serta memilih jodoh yang tepat sebelum berkahwin.

Jika kita lihat di laman media sosial ramai anak-anak muda yang berkongsi foto-foto terkini yang baru sahaja melangkah ke alam perkahwinan.

Benarkah Wanita Berkerjaya Menyebabkan Jodoh Menjadi Lambat?

Submitted by Inaaina on

 

Isu ini berkait rapat dengan sifat قَوَّامَة qawwamah (kepimpinan) bagi seorang lelaki dan suami. Firman Allah SWT:

ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ

Kelebihan Taaruf Mengikut Islam

Submitted by Inaaina on

1. Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

Taaruf membawa individu lebih dekat kepada Allah SWT dalam mencari pasangan hidup. Hal ini kerana, prosesnya dilakukan dengan mematuhi ajaran agama dan mengharapkan keberkatan-Nya dalam setiap langkah.

2. Menghormati Nilai-Nilai Keluarga

Dengan melibatkan orang tua atau wali sebagai orang tengah, proses taaruf menghormati dan memperkuat nilai-nilai keluarga dalam proses pemilihan pasangan hidup.

Jodoh Datang Selepas 25 Tahun

Submitted by Inaaina on

Kalau sudah jodoh, berlari ke mana pun akhirnya bertemu jua. Kadangkala sukar nak percaya tetapi rahsia ALLAH tiada siapa yang tahu dan tiada siapa dapat menolaknya.

Apa yang penting, kena kuat semangat untuk meniti hari-hari mendatang sekiranya kebahagiaan itu belum milik anda.

Merak Jalanan sebenarnya terpanggil dengan kisah sepasang suami isteri ini menerusi media sosial yang baru menyambut ulang tahun pertama pernikahan mereka.

Menariknya, pasangan ini menunggu hingga 25 tahun untuk bertemu semula selepas masing-masing berpisah dengan pasangan terdahulu.

Apa itu 'Baitul Muslim'?

'Baitul' bermaksud rumah manakala 'Muslim' bermaksud orang Islam. Ia perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud keluarga orang Islam dan merupakan percakapan harian orang Arab. Di Malaysia, perkataan Baitul Muslim digunakan oleh persatuan pelajar dan organisasi Islam sebagai biro atau unit mencari jodoh. Percakapan yang biasa digunakan ialah "bila nak berbaitul muslim?" untuk yang belum berkahwin atau "selamat membina baitul muslim" bagi yang sudah berkahwin.

Cara Menangani Konflik Dalam Hubungan

Submitted by Inaaina on

Konflik dalam hubungan memang sering kali terjadi terutama untuk mereka yang sedang bercinta mahupun bagi mereka yang sudah bertunang. Namun jangan sesekali membiarkan masalah itu berlarutan dan lebih baik mencari jalan untuk segera menyelesaikannya. Jika dibiarkan dan tidak ditangani dengan baik, hal tersebut mampu membawa kepada perhubungan yang tidak sihat. Malah sesuatu konflik juga boleh mengganggu aktiviti seharian seseorang misalnya dalam pekerjaan dan kehidupan hariannya.