6 HADIAH YANG PENGANTIN MAHU

6 HADIAH YANG PENGANTIN MAHU

"pening tentang hadiah apa yang mahu diberikan kepada rakan atau saudara-mara anda"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua
Hadiah, Kahwin

Apabila kita meningkat dewasa maka ramailah kita akan dengar rakan-rakan atau mungkin kita sendiri akan mendirikan rumahtangga dan biasanya anda akan dijemput untuk menghadiri majlis walimah. Setiap kali itulah mesti anda pening tentang hadiah apa yang mahu diberikan kepada rakan atau saudara-mara anda. Pada artikel kali ini kami ingin kongsikan kepada anda hadiah-hadiah yang mungkin anda boleh diberikan kepada bakal pengantin dan jika anda memberikan hadiah-hadiah dibawah, anda mungkin boleh meringankan beban pasangan yang berkahwin kerana mereka tidak perlu lagi membelinya.

1. Barangan Elektrik di Dapur

Mungkin kita biasa lihat sahabat atau saudara mara memilih untuk menghadiahkan pengantin dengan barangan dalam kategori ini seperti blender, microwave,periuk nasi dan sebagainya. Kebiasaannya memang pengantin sudah dapat agak akan mendapat barangan seperti ini dan biasanya mereka tidak  memasukkan barangan ini dalam bajet untuk kelengkapan rumah selepas berkahwin nanti. Barang-barang tersebut anda mungkin boleh beli yang lebih kecil, tidak perlu yang besar kerana mereka pun hanya berdua namun jika anda mahu membeli yang besar dan berkualiti tidak salah dan mesti lagi mengembirakan hati pasangan.

2. Kuali

Kalau anda mahu membuat sedikit kelainan dari yang lain dan ingin menghadiahkan sesuatu bagi mengisi dapur mereka anda mungkin boleh hadiahkan mereka dengan kuali/frying pan dan seangkatan dengannya, cuma jangan bagi kawah sudah. Mungkin bunyinya agak kelakar sedikit namun pastinya pasangan tersebut akan gembira kerana mereka tidak perlu lagi risau untuk membelinya selepas ini. Kalau anda ada bajet yang lebih sedikit mungkin anda boleh beli yang tahan lama untuk dihadiahkan.

3. Set Kutleri

Selepas berkahwin dan jika anda berpindah rumah, sememangnya anda sangat memerlukan barangan dapur yang lain seperti set kutleri. Set kutleri biasa dijadikan hadiah apabila ke majlis perkahwinan kerana bukan sahaja pasangan pengantin baru sememangnya memerlukannya tetapi selalunya set kutleri akan datang dalam kotak yang sangat menarik dan sangat sesuai untuk dijadikan hadiah.

4. Set Pinggan Mangkuk

Set Pinggan mangkuk juga biasanya agak klise dan biasa diberikan kerana ia sangat mudah didapati dan sememangnya diperlukan oleh mereka. Set pinggan mangkuk ini terdapat banyak jenis dan stail ,jika anda tidak tahu citarasa pasangan tersebut anda boleh pilih yang jenis dekorasinya tidak terlampau ketara dan juga ringkas.

5. Tuala dan Bantal

Mungkin barangan ini jarang diberikan tapi agak relevan jika anda ingin menghadiahkan kepada bakal pengantin. Selain untuk kegunaan mereka mungkin mereka boleh simpan untuk kegunaan tetamu yang hadir ke rumah mereka. Jadi elok juga anda berikan benda-benda seperti ini.

6. Duit

Jika anda memang tidak ada idea dan rasa leceh untuk membeli hadiah ataupun mungkin anda tidak sempat untuk beli sebarang hadiah anda boleh sahaja berikan duit. Senang, mudah dan cepat. Sambil salam sambil bagi ,semua orang suka bila macam nie. Jika anda ada rezeki lebih boleh bagi lebih ataupun yang anda rasa mampu dan berpatutan.

P/s: anda juga boleh tuliskan nama anda di hadiah tersebut sebab kadang-kadang pengantin mungkin mahu berterima kasih kepada anda jika mereka ada kesempatan dan mungkin apabila anda pula kahwin nanti mereka ingat untuk beri anda hadiah juga , namun jangan terlalu mengharap balasan nanti hadiah yang diberikan tidak ikhlas pula.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar