Alhamdullilah pada petang ini inbox kami menerima berita gembira. Calon baitulmuslim.com telah memberitahu kami bahawa beliau dan pasangan telah mendirikan rumahtangga. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Berikut adalah email ringkas yang dihantar oleh beliau.
Salam,
Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana menjadi platform kepada saya bertemu jodoh di Baitul Muslim. Alhamdullillah, tanggal XX XXXXXX 20XX, kami telah sah menjadi suami isteri. Hari ini genap XXXXX usia perkahwinan kami. Maaf kerana lewat untuk kami maklumkan kerana kekangan masa. Terima kasih sekali lagi Baitul Muslim, Nama Baitul Muslim akan menjadi memori terindah kami. Semoga Allah merahmati dan melimpahkan rezeki kita semua. Amin.
"Semoga baitul muslim (keluarga muslim) yang dibina diredhai Allah S.W.T"