Alhamdullilah pada petang semalam inbox kami menerima berita gembira daripada calon baitulmuslim.com yang telah memberitahu kami bahawa beliau dan pasangan bertemu jodoh di baitulmuslim.com beberapa bulan yang lalu. Kini mereka sedang menunggu kehadiran cahaya mata mereka yang pertama. Kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke syurga dan selamat menerima cahaya mata yang pertama. Inshaa Allah. Berikut adalah email yang telah kami terima daripada beliau.
"Terima kasih kerana menyediakan medium ini buat kami sebagai pencari jodoh. Allah sudah tentukan ajal, rezeki dan jodoh kita. Pihak tuan menjadi jalan buat kami. Jazakallukhairan kathira kami ucapkan. Sekarang kami menunggu kehadiran cahaya mata yang bakal menyerikan lagi perkahwinan kami".