Makluman bertemu jodoh

Submitted by subhi on

Alhamdulillah pada petang ini inbox kami telah menerima email daripada ahli baitulmuslim.com yang memberitahu kami bahawa beliau dan pasangan bertemu di baitulmuslim.com dan akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga baitulmuslim yang bakal dibina akan kekal hingga ke syurga. Inshaa Allah. Berikut adalah email yang dihantar oleh beliau kepada kami.

"Assalamualaikum,

Saya sudah berjumpa jodoh di Baitul Muslim dan sudah pun bertunang pada XX/XX/XXXX dengan calon XXXXX. Majlis akad nikah akan berlangsung pada XX/XX/XXXX dan bersanding pada XX/XX/XXXX. Terima kasih Baitul Muslim atas pembukaan website ini. Saya akan jemput pihak BM bila kad undangan siap. Mohon doakan agar persiapan majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih."