Pengumuman bertemu jodoh di baitulmuslim.com

Submitted by subhi on

Alhamdulillah hari ini inbox kami telah menerima email daripada ahli baitulmuslim.com yang memberitahu kami bahawa beliau dan pasangan bertemu di baitulmuslim.com dan akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Kami di baitulmuslim mendoakan semoga baitulmuslim yang bakal dibina akan kekal hingga ke syurga. Inshaa Allah. Berikut adalah email yang dihantar oleh beliau kepada kami.

 

Berikut adalah mesej yang dikongsikan bersama kami:

"Assalamualaikum tuan admin. alhamdulillah syukur hadrat ilahi kami telah bertunang XX XX 20XX yg lalu dan insyaAllah majlis pernikahan kami pada XX XX 20XX nanti. kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan kerana website ini telah menjumpakan kami. dari Allah kami dtg dan kepadaNya kami kembali. alhamdulillah pujian syukur pd Allah. segala kerjasama pihak tuan admin amat kami berterima kasih. Semoga terus maju jaya. ;)"