Lagi bertemu jodoh di baitulmuslim.com

Submitted by subhi on

Alhamdulillah hari ini inbox kami menerima satu lagi berita gembira daripada ahli baitulmuslim.com. Beliau telah memaklumkan kepada kami yang beliau telah bertemu jodoh dengan pasangan di baitulmuslim.com dan telah mendirikan rumahtangga baru-baru ini. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga baitulmuslim yang di bina kekal hingga ke syurga. Berikut adalah email yang telah dihantar oleh beliau.

 

"Assalamualaikum admin .. saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada web Baitul Muslim kerana menemukan saya dengan suami saya .. saya kenal suami saya melalui web ini .. ID suami saya ialah xxxxx .. kami kenal pada xxxxxx xxxx, bertunang pada xxxxxxx xxxx & berkahwin pada xx/xx/xxxx .. sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Baitul Muslim & team .."