Bertemu jodoh lagi di baitulmuslim.com

Submitted by subhi on

Alhamdulillah. Sekali lagi kami telah mendapat email dari peserta baitulmuslim.com yang memaklumkan kepada kami bahawa telah bertemu jodoh melalui baitulmuslim.com. Kami mendoakan moga baitulmuslim yang dibina ini akan kekal hingga ke syurga. Ingatlah pesanan, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bernikah, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh imannya. Oleh kerana itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah dalam separuh yang berbaki itu” (Hadis riwayat Tabrani).

Berikut merupakan email yang telah di hantar kepada kami.

"Assalamualaikum admin baitul muslim. Saya cuma nak maklumkan yang saya dan
pasangan ( kenal melalui baitul muslim ) telah selamat bernikah pada xx/x/2017
lalu...Alhamdulillah...kami kenal melalui medium baitul muslim. Saya rasa
medium ni sangat-sangat membantu bagi mereka yang sedang mencari jodoh.
Hihi... terima kasih admin baitul muslim..."