Alhamdullilah sebentar tadi inbox kami menerima berita gembira, calon baitulmuslim.com telah memberitahu kami bahawa mereka telah mendirikan rumahtangga , kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga baitulmuslim yang dibina kekal ke syurga inshaallah. Berikut adalah salinan mesej yang telah dihantar oleh calon
“ Semoga pihak pengurusan Baitulmuslim sentiasa dibawah limpahan rahmat Allah SWT.
Saya xxx xxxxx xxxxxx dengan rasa syukur ingin memaklumkan pada pihak BM yang saya
dan pasangan, xxxxxxx xxxxxx xxx xxxxx yang juga merupakan ahli BM telah selamat
diijabkabulkan padaxx.xx.xxxx yang lalu. Majlis di kedua-dua belah pihak juga telah
selamat berlangsung dengan penuh meriah.
Mohon maaf dari kami kerana lupa untuk memberitahu dan menjemput pihak BM terlebih
awal tentang penyatuan kami. Walauapapun, kami ingin berterima kasih yang tidak
terhingga kerana melalui BM ini lah kami diizinkan Allah untuk berkenalan dan
akhirnya dapat bersatu mendirikan masjid dengan restu dan redha ibubapa dan keluarga
kami. Alhamdulillah.
Saya amat berharap agat baitulmuslim.com terus bergerak demi membantu niat-niat yang
baik untuk mencari pasangan. Semoga seluruh pihak pengurusan BM diberkati Allah dan
semua ahli BM dipermudahkan urusan dalam pencarian jodoh. Aamin ya rabbal alamin.
Wassalam.
xxxxx dan xxxxxx ”