Makluman Bertemu Jodoh

Submitted by khairulazam on

Alhamdullilah sebentar tadi inbox kami menerima berita gembira, calon baitulmuslim.com telah memberitahu kami bahawa mereka telah mendirikan rumahtangga , kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga baitulmuslim yang dibina kekal ke syurga inshaallah. Berikut adalah salinan mesej yang telah dihantar oleh calon

“ Admin,

Saya dah try untuk delete di bhgn akaun saya tu tp masih tak boleh delete.
saya cuba untk log in semula dan akaun saya masih ada.
Suami saya ingin menutup akaun sepenuhnya tanpa menerima lagi email
notification bila ada yang memberi salam kepada nya,
Untuk pengetahuan admin, kami berkenalan di BM dan sudah berkahwin pada
bulan xxxxx tahun lepas, alhamdulillah.
Jadi kami ingin menutup akaun kami di BM sepenuhnya.
Semoga admin dapat membantu kami menutup akaun suami saya.”