Alhamdulillah. Hari ini kami menerima perkhabaran gembira dari ahli baitulmuslim.com yang telah berkahwin melalui baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga baitulmuslim yang di bina kekal hingga ke syurga. Kami ucapkan barakallahulakuma wa barakah alaikuma wal jama'a bainakuma fil khair kepada pasangan ini.
Sepotong hadis kami bawakan sebagai peringatan bersama.
“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi)"
Berikut merupakan sebahagian dari mesej yang telah di berikan kepada kami.
"Assalamualaikum w.b.t
Syukur Alhamdulillah saya telah bertemu dengan pasangan dari baitulmuslim.com, terima kasih kepada baitulmuslim dan admin kerana memudahkan pelbagai cara mencari jodoh muslim yang baik2. Saya kongsikan sedikit cerita saya sehingga ke perkahwinan, saya mendaftar baitulmuslim.com pada xx,xx,xxxxx, saya niat calon wanita yang pertama membalas salam atau memberi salam itulah yang saya akan teruskan, tidak kira rupa paras, harta dan lain2, alhamdulillah ada seorang calon wanita yang memberi salam pada saya, setelah beberapa perbincangan saya buat keputusan untuk berjumpa dengan orang tua beliau, selepas jumpa saya adakan satu tarikh untuk sesi taaruf sesama keluarga, setelah dua kali pertemuan sya bertunang, bertunang selama setahun, akhirnya saya dan dia melansungkan perkahwinan, alhamdulillah saya tak pernah keluar berdua dan menjaga ikhtilad antara kami, mohon kalian doakan kami dimurahkan rezki dan kekal hingga akhir hayat, terima kasih admin dan terima kasih Allah kerana kurniakan hambamu ini dengan seorang wanita yang solehah dan elok latar belakangnya. ameen
"