Alhamdullilah sebentar tadi inbox kami menerima berita gembira, calon baitulmuslim.com telah memberitahu kami bahawa mereka akan mendirikan rumahtangga, kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga baitulmuslim yg bakal dibina kekal ke syurga insha Allah.
Berikut adalah salinan mesej yang telah dihantar oleh calon:
"Assalamualaikum. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Semoga team BaitulMuslim.com dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan berada didalam limpahan rahmat Allah SWT dunia serta akhirat. Atas limpah dan rahmat Allah SWT, saya ingin memaklumkan bahawa saya xxxx dan pasangan saya xxxx yang telah berkenalan melalui BaitulMuslim.com akan melangsungkan perkahwinan pada xx/xx/xxxx. Jodoh adalah ketetapan Allah SWT tp hambanya mestilah berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Alhamdulillah, dengan berkat usaha team BaitulMuslim menyediakan satu platfom bagi saya dan muslimin/muslimat lain untuk berikhtiar dan berusaha mencari jodoh sangatlah dihargai.
Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon jasa baik pihak BaitulMuslim jika dapat memadamkan profile saya dan bakal isteri. Sesungguhnya, hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa murni team BaitulMuslim.com dan memberikan ganjaran serta diangkat darjat diakhirat kelak. saya juga doakan semoga team BaitulMuslim akan sentiasa sukses dalam usaha untuk membantu muslimin/muslimat. Sekian, terima kasih."
Tahniah buat pasangan ini!