Alhamdullilah sebentar tadi inbox kami menerima berita gembira, calon baitulmuslim.com telah memberitahu kami bahawa mereka telah mendirikan rumahtangga , kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga baitulmuslim yang dibina kekal ke syurga inshaallah. Berikut adalah salinan mesej yang telah dihantar oleh calon
“ Alhamdulillah, saya telah bertemu jodoh saya dan sudah mendirikan rumahtangga pada
xx/xx/xx yang lalu. alhamdulillah saya telah bertemu pasangan saya di ruangan
baitulmuslim ini dan perkenalan kami di ruangan ini bermula pada november xxxx.
Perkenalan kami boleh dikatakan agak singkat dan alhamdulillah mendapat restu dari
kedua ibubapa kami. Apa yang ingin saya katakan, jika kita niat mencari jodoh di
ruangan ini kerana Allah taala, insyaallah akan dipermudahkan segala urusan. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada admin baitulmuslim dan diharapkan agar mendoakan kami
bahagia hingga ke jannah dan mendapat keberkatan Allah. Oleh itu, saya minta jasa
baik admin untuk memadamkan akaun saya beserta nama saya sekiranya ingin menjadikan
email ini sebagai testimoni untuk tujuan privasi. Sekian, wassalam ☺ ”