Bertemu jodoh lagi

Submitted by admin412 on

Alhamdulillah. Hari ini kami menerima perkhabaran gembira dari ahli baitulmuslim.com yang telah berkahwin melalui baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga baitulmuslim yang di bina kekal hingga ke syurga. Kami ucapkan barakallahulakuma wa barakah alaikuma wal jama'a bainakuma fil khair kepada pasangan ini.

Sepotong hadis kami bawakan sebagai peringatan bersama.
“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi)"

Berikut merupakan sebahagian dari mesej yang telah di berikan kepada kami.
" Sy ingin memaklumkan bahawa sy telah bertemu jodoh melalui baitulmuslim.com ini. Majlis perkhwinan akan diadakan pd xxxx tahun 20xx. Pasangan sy ialah xxx xxxx xxxxx bin xxxxxx yg turut berada dlm laman web ini. Sekian terima kasih.."