Alhamdulillah. Hari ini kami menerima perkhabaran gembira dari ahli baitulmuslim.com yang telah berkahwin melalui baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga baitulmuslim yang di bina kekal hingga ke syurga. Kami ucapkan barakallahulakuma wa barakah alaikuma wal jama'a bainakuma fil khair kepada pasangan ini.
Sepotong hadis kami bawakan sebagai peringatan bersama.
“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi)"
Berikut merupakan sebahagian dari mesej yang telah di berikan kepada kami.
" Salam admin dan warga kerja Baitulmuslim.com. Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana membina satu platform yang sangat berguna buat insan - insan yang mencari jodoh seperti saya. Alhamdulillah saya dijumpakan dengan website ini ketika sedang membuat carian di google sekitar xxxxx 20xx. Buat pengetahuan admin, saya baru bertunang dengan salah seorang ahli Baitulmuslim.com (En.xxxxxxxxx) dan insya Allah akan melangsungkan pernikahan pada xx xxxxx 20xx. Terima kasih tidak terhingga buat kerabat kerja Baitulmuslim.com kerana membina website yang sangat berguna dan memudahkan lagi urusan perkenalan bagi mereka yang memerlukan. Doa saya semoga kalian dirahmati Allah dan sentiasa dalam limpahan barakah Nya. Doakan semoga Allah permudahkan urusan kami yer"