Bertemu Jodoh

Submitted by Fitrii on

Alhamdulillah. Kami menerima perkhabaran gembira dari ahli baitulmuslim.com yang telah berkahwin melalui baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga baitulmuslim yang di bina kekal hingga ke jannah.

Berikut adalam mesej yang dikongsikan bersama kami:

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada baitulmuslim dan staff kerana menyediakan laman web yang sangat membantu dan menjadi asbab untuk saya bertemu jodoh dengan bakal xxx saya.

Saya dan bakal xxx yang akan melangsungkan perkahwinan kami pada xx/xx/20xx, dengan izin Allah kami bertemu jodoh di baitulmuslim hanya sebulan, dan terus mengikat tali pertunangan...

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan niat baik kalian.. Di hari Jumaat yang mulia ini saya doakan yang terbaik untuk kalian semua.. Semoga terus mengekalkan prestasi dan perkhidmatan yang terbaik untuk manfaat masyarakat amnya. Ribuan terimakasih sekali lagi dan doakan saya dan bakal suami kekal hingga
jannah.. Amin"

Tahniah buat pasangan ini.