Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Hari ini kami menerima perkhabaran gembira dari pasangan yang telah berkahwin melalui baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga baitulmuslim yang di bina kekal hingga ke syurga.
Berikut adalam mesej yang dikongsikan bersama kami:
"Assalam warga Baitulmuslim.com, pertamanya kami mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana telah mempertemukan jodoh kami dan Baitulmuslim.com sbg medium utk kami bertemu. Alhamdulillah sy dan suami telah selamat diijabkabulkan pd xx/xx/20xx yg lalu. Berkenalan pd xx/xx/20xx, dgn izinNYA pertemuan pertama pd hari lahir kami iaitu pd xx/xx/20xx membuka hati kami utk lebih mengenali antara 1 sama lain. Ditunangkan pd 12/3/2016 dan alhamdulillah disatukan pd xx/xx/20xx. Terima kasih BM kerana menyediakan medium spt ini utk kami mengenali antara 1 sama lain. Buat rakan2 di luar sana, jodoh itu rahsia Allah tetapi manusia perlu brusaha dan seterusnya bertawakal. Misi kami telah berjaya, alhamdulillah. Terima kasih."
Tahniah buat pasangan ini.