Bertemu Jodoh Lagi

Submitted by admin412 on

Alhamdulillah. Hari ini kami menerima perkhabaran gembira dari ahli baitulmuslim.com yang telah berkahwin melalui baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga baitulmuslim yang di bina kekal hingga ke syurga. Kami ucapkan barakallahulakuma wa barakah alaikuma wal jama'a bainakuma fil khair kepada pasangan ini.

Sepotong hadis kami bawakan sebagai peringatan bersama.
“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi)"

Berikut merupakan sebahagian dari mesej yang telah di berikan kepada kami.
" Untuk makluman, saya telah dipertemukan jodoh saya melalui laman web ini. Alhamdulillah kami akan mendirikan rumah tangga kami tidak lama lagi iaitu pada xx xxxx xxxx.

Saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan saya seorang jodoh yang begitu sesuai dan sempurna bagi saya dan saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Baitulmuslim.com kerana telah mewujudkan laman web ini. Good job Baitulmuslim.com. Sekian, terima kasih."