Bertemu Jodoh Lagi

Submitted by admin412 on

Alhamdulillah.

Hari ini kami menerima perkhabaran gembira dari ahli baitulmuslim.com yang telah berkahwin melalui baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga baitulmuslim yang di bina kekal hingga ke syurga. Kami ucapkan barakallahulakuma wa barakah alaikuma wal jama'a bainakuma fil khair kepada pasangan ini.

Sepotong hadis kami bawakan sebagai peringatan bersama.

“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi)"

Berikut merupakan sebahagian dari mesej yang telah di berikan kepada kami.
" Sebelum tu, saya ingin mengucapkan Syukur alhamdulillah kerana dengan adanya Baitulmuslim.com, saya telah ditemukan dengan seorang lelaki yang dapat menerima saya seadanya. Sesi taaruf bermula pada pertengahan bulan xxxx 20xx. Bertunang pada xx xxxxxx 20xx. Dan xx xxxxx 20xx, alhamdulillah kami sah bergelar suami isteri. Perkenalan yang terlalu cepat untuk sesetengah orang. Suami lebih gemar untuk bercinta selepas nikah. Semoga pernikahan ini diredhai Allah SWT. Doakan kami bahagia selamanya. Aminn.