Alhamdulillah, malam ini kami telah menerima satu mesej panjang dari peserta baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan. Moga baitulmuslim yang di bina kekal hingga ke syurga. Amin. Berikut adalah sebahagian mesej yang telah di hantar kepada kami.
" Assalamualaikum..
Saya xxxxxxxxxx ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Baitul Muslim kerana saya telah bertemu jodoh dengan suami saya di Baitul Muslim ini. Saya telah selamat diijab qabulkan pada tanggal xx xxxxxxx 20xx.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dari saya kerana dengan adanya Baitul Muslim, saya dan ramai pasangan bertemu jodoh di ruangan ini. Moga Allah memberkati dan merahmati segala usaha yang dilakukan pihak Baitul Muslim. Doakan saya agar pernikahan kami mendapat rahmat dan kekal hingga ke Jannah. Sekian, terima kasih. "