Bertemu jodoh di Baitulmuslim.com

Submitted by admin412 on

Alhamdulillah. Hari ini kami telah mendapat khabar gembira dari peserta baitulmuslim.com yang bakal di ijab kabulkan bermula dari perkenalan di baitulmuslim.com. Kami ucapkan semoga berbahagia hingga ke syurga dengan ucapan barakallahulakuma wa barakah alaikuma wal jama'a bainakuma fil khair. Moga urusan baitulmuslim pasangan ini di permudahkan. Berikut merupakan sebahagian mesej yang telah di hantar kepada kami.

"Assalamualaikum admin Baitul Muslim,

Saya telah berkenalan dengan tunang saya dalam baitul muslim xxxx tahun lepas masa permulaan saya join dekat sini. Alhamdulillah niat saya ingin mencari pasangan hidup dipermudahkan. Selepas setahun berkawan, kami mengikat tali pertunangan. In shaa Allah bakal dihijabkabulkan xxxx 20xx. Doakan saya dan bakal suami bahagia dunia akhirat menjadi suami dan isteri yg baik. "