Alhamdulillah. Sekali lagi kami telah mendapat mesej dari peserta baitulmuslim.com yang memaklumkan kepada kami bahawa telah bertemu jodoh melalui baitulmuslim.com. Alhamdulillah. Kami hanya mampu mendoakan moga baitulmuslim yang bakal di bina ini akan kekal hingga ke syurga. Ingatlah pesanan, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bernikah, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh imannya. Oleh kerana itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah dalam separuh yang berbaki itu” (Hadis riwayat Tabrani).
Berikut merupakan sebahagian mesej yang telah di hantar kepada kami. "Alhamdulillah sy sudah bertemu jodoh. Sudah bertunang dan bakal bernikah pada xxxx depan. Terima kasih baitulmuslim.com. Kami bertemu melalui baitulmuslim.com"
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada pasangan ini.