Bertemu jodoh

Submitted by admin412 on

Alhamdulillah. Sekali lagi kami telah menerima mesej dari peserta baitulmuslim.com yang telah bertemu jodoh. Doa kami semoga baitulmuslim yang pasangan ini bina kekal hingga ke syurga. Ingatlah Rasulullah bersabda: Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi. Kami doakan pasangan ini di permudahkan urusan. Berikut adalah mesej yang kami terima " Sudah  jumpa jodoh & sudah mendirikan rumahtangga. kami bertemu melalui baitulmuslim.com. Terima kasih baitulmuslim.com kerana bagi platform kepada kami berdua untuk cari jodoh. Sudah nikah xx xxxx lalu. Doakan kami bahagia hingga jannah ye."