Alhamdulillah. Hari ini kami telah menerima mesej yang agak panjang dari peserta baitulmuslim kami. Mereka telah bertemu jodoh namun masih belum mendirikan rumah tangga kerana masih lagi belajar. Kami doakan agar pasangan ini di permudahkan urusannya. Amin. Berikut adalah mesej yang telah kami terima. "Assalamualaikum, Maafkan saya lambat balas. Saya jarang guna emel ni. Alhamdulillah selepas berkenalan dengan beberapa orang sejak menyertai baitulmuslim.com pada xxxxx , saya sudah bertemu dengan seorang calon suami di sini. Mula berkenalan pada xxxxx kemudian dia berjumpa dengan ayah saya sendirian -> pada xxxxxx kami bertemu buat kali pertama di rumah saya -> dua minggu kemudian setelah masing2 beristikharah dan berbincang dengan keluarga, kami mengambil keputusan untuk meneruskan hubungan. Tetapi disebabkan kami berdua masih belajar dan mempunyai komitmen yang lebih penting selain urusan jodoh buat masa ini, kami jarang berhubung. Kami hanya berhubung sekiranya perlu, di bawah pantauan seorang kakak. Mohon doa semua jika kami benar adalah jodoh yang baik untuk sesama kami, semoga Allah mempermudahkan urusan kami, serta mengurniakan kami kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Kami belum confirm untuk mendirikan rumah tangga disebabkan masih belajar. Terima kasih kepada pihak baitulmuslim.com yang menyediakan wadah yang bermanfaat ini. Saya dah promote baitulmuslim.com kepada kawan2 saya yang masih single di luar sana. Saya doakan semoga semua yang masih mencari jodoh itu akan bertemu dengan jodoh masing2 suatu hari nanti. In shaa Allah. "Yang istimewa memang sudah dimiliki" :) "