Alhamdulillah. Sekali lagi kami menerima mesej daripada peserta baitulmuslim.com yang bertemu jodoh melalui baitulmuslim.com. Mesej yang cukup menyentuh hati kami. Mesej yang di tulis " Assalamualaikum wbt. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih atas perkhidmatan yang disediakan oleh pihak tuan. Berkat daripada usaha warga baitulmuslim, syukur Alhamdulillah saya telah bertemu dengan calon pasangan hidup saya. InshaAllah semoga semua perancangan dan urusan dipermudahkan. Semoga laman web ini dapat terus memberi perkhidmatan yang baik. Terima kasih sekali lagi."
Kami daripada baitulmuslim.com mendoakan agar pasangan ini di permudahkan dan baitulmuslim yang di bina kekal hingga ke syurga. Amin.