Lagi bertemu jodoh di baitulmuslim.com

Submitted by admin412 on

Assalamualaikum,

Kami menerima lagi email bertemu jodoh daripada calon baitulmuslim.com. Ini email beliau :

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah saya dan pasangan dari Baitulmuslim, xxxxxx  telah bernikah pada hari xxxx xx/xx/xxxx yang lalu. Kami berkenalan di web Baitulmuslim pada xx/xx/xxxx dan kami masing-masing menunaikan solat istikharah sebelum membuat keputusan untuk bernikah.  Suami berjumpa keluarga untuk minta izin pada xx/xx/xxxx dan kami bernikah pada xx/xx/xxxx. Saya berjumpa suami hanya beberapa jam sebelum kami bernikah. Perbincangan mengenai urusan pernikahan dll dibuat melalui  message di web Baitulmuslim dan whatsapp. Terima kasih Baitulmuslim kerana menyediakan platform untuk kami  membina rumahtangga. Moga kewujudan web ini membantu lebih ramai pasangan membina baitulmuslim. Alhamdulillah saya juga ada promosikan web ini kepada kawan-kawan yang masih bujang sambil tekankan kepada mereka supaya amalkan istikharah setiap hari. Mudah-mudahan Allah bantu dalam kita membuat keputusan. 

Doakan rumahtangga yang kami bina kekal bahagia hingga ke syurga.

In shaa Allah, Amiin.

 

Alhamdulillah. Tahniah, barakallah buat kedua calon. Semoga Allah permudahkan mereka. Amiin