Assalammualaikum w.b.t
Kami dari baitulmuslim sekali lagi menerima email dari calon bm yang bertemu jodoh dan bakal mendirikan masjid. Ini email beliau:
Assalamu'alaikum admin baitulmuslim.com, Alhamdulillah syukur pada Allah kerana telah menemukan saya dengan seorang lelaki yang juga seorang ahli baitulmuslim.com. Kami telah bertunang dan akan berkahwin dalam tahun ini InsyaAllah. Semoga Allah memberi ganjaran yang sebaik-baiknya kepada admin yang menguruskan laman ini kerana telah membantu ramai insan mencari pasangan hidup.
Tahniah kepada pasangan ini dan mari sama-sama kita doakan untuk mereka. Amin.