Lagi Bertemu Jodohdi baitulmuslim.com

Submitted by admin412 on

Assalammualaikum w.b.t

Kami dari baitulmuslim sekali lagi menerima email dari calon bm yang bertemu jodoh dan bakal mendirikan masjid. Ini email beliau:

Assalamualaikum Dengan penuh kesyukuran dipanjatkan kepada Allah. Alhamdulillah saya telah bertemu jodoh dengan salah seorang dari ahli baitulmuslim,(id: xxxxxxxx) Kami insyaAllah bakal disatukan pada xx xxxx xxxx ini. Bagi saya, BM ni adalah salah satu platform yg sangat baik untuk mereka yang berikhtiar utk mendapatkan jodoh. Terima kasih atas usaha dan penat lelah pihak baitulmuslim yang telah memberi ruang dan peluang untuk kami dan ramai calon lain bertemu dan akhirnya disatukan dengan ikatan yang sah.. Jutaan terima kasih juga kerana menjadi platform yang mempertemukan kami.Doakan jodoh kami kekal di dunia dan akhirat. Semoga usaha murni kalian mendapat rahmat, keberkatan dan dipermudahkan Allah. Ini kad undangan. Saya ingin menjemput pihak bm ke majlis kami Terima kasih. =)

 

Tahniah kepada pasangan ini dan mari sama-sama kita doakan semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Amin.