Assalammualaikum w.b.t,
Kami di Baitulmuslim sekali lagi menerima email daripada calon baitulmuslim berkenaan bertemu jodoh dan bakal mendirikan masjid. Ini email beliau:
Assalamualaikum admin BM. Sy ingin berterima kasih kerana mewujudkan BM ini. Alhamdulillah, sy telah bertunang dengan seorang hamba Allah dari program ini pada xx xxxxx xxxx. dan in shaa Allah kami akan nikah pada bulan x xxxx.Pada mulanya sy agak segan silu untuk menyertai program ini selepas disyorkan oleh abg sy. Walau bagaimanapun, selepas berfikir pjg, sy setuju menyertai program ini. Sy berkenalan dengan beberapa org, dan Allah permudahkan jodoh sy untuk bertemu dgn bakal imam sy dalam program ini. Doakan hubungan kami bahagia dan berkekalan hingga syurga. Semoga Admin dimurahkan rezeki. Terima kasih sekali lagi.
Alhamdulillah. Kami di baitulmuslim mendoakan semoga pasangan ini berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga. Amin.